Selasa, 26 Mac 2019

BUAH MELAKA

Assalamualaikum & selamat pagi...

Buah  melaka...santapan yang  sesuai  untuk  sarapan  pagi  & minum  petang...




Bahan-bahan:

2 cawan  tepung  pulut
1 sudu  makan  tepung gandum 
1 sudu  kecil  garam 
1- 1 1/2 cawan  air  pandan / 2 sudu  kecil  pandan  emulco +1 cawan  air 
Sedikit  pewarna  hijau  epal (tak  nak letak  pun  takpe) 
Gula  kabung/gula melaka -cincang 
Kelapa parut  putih -gaul  dengan sedikit  garam  halus



Cara-caranya :

Campur  tepung  pulut,tepung gandum ,garam  & air  pandan. Uli  hingga  jadi  doh ..saya  guna lebih  kurang  1  1/2cawan air .
Ambil  sedikit  doh, bubuh  inti  gula  ditengah-tengah  & gentel  bulat-bulat. Buat  sampai  habis .



# TIPS  : SEMASA MENGULI  MASUKKAN  AIR  SEDIKIT  DEMI  SEDIKIT. BILA  DOH  DAH  DIULI  RATA  BOLEH  STOP  PENGGUNAAN AIR .. JANGAN  TUANG  AIR  SEKALIGUS  YER.. .LEMBIK  PULAK  NANTI...


Didihkan  air  hingga  mengelegak. Masukkan  doh  yang  telah digentel  tadi  & rebus  hingga  timbul pada  permukaan  air .Toskan .Kemudian, golek rata  pada  kelapa  parut.Sedia untuk  dihidang. 


SELAMAT  MENCUBA !! 


Tiada ulasan: