Emmm ....merendang pulak hari ni....macam nak raya pulak... Bila dah teringin nak makan tak payah tunggu raya ...gi kedai beli bahan-bahan,pastu masak sendirilah yer...yang penting puas hati...family pun boleh rasa air tangan kita kan ...
Banyak versi rendang ....tapi versi saya ada menumis yer ...terpulanglah masing2...tapi versi yang ni saya suka sebab menepati citarasa ...kalau nak kering,bolehlah masak rendang tu lama sikit sampai kering...saya suka berkuah sikit sebab nak makan dengan nasi impit .
Bahan-bahan:
1 ekor ayam -potong kecil
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit -potong halus
2 helai daun limau purut
3 sudu kecil garam halus
3 keping asam keping
1 keping gula kabung
Rempah sekawan
3 batang serai -ketuk
2 cawan air
Bahan kisar
15 batang cili kering
10 biji cili padi merah
10 ulas bawang merah(ros)
6 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara-caranya :
Step 1 : Panaskan sedikit minyak .Tumis rempah sekawan hingga naik bau.
Step 2 : Masukkan pula serai yang telah diketuk tadi.
Step 3: Kemudian masukkan bahan kisar.
Step 4 : Tumis hingga rempah betul-betul masak & pecah minyak.
Step 5: Masukkan pula ayam.
Step 6 : Gaul sebati & biarkan sebentar hingga ayam kecut .
Step 7 : Masukkan santan, kerisik, daun limau purut, daun kunyit ,garam ,gula kabung .
Step 8: Tambah air secukupnya & biarkan mereneh hingga mendapat kepekatan yang disukai....boleh masak sampai kering .
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan