Karipap kentang ...Resepi mudah ...satu adunan boleh dapat 20 biji karipap...penggunaan bahan yang sangat mudah ....inti penuh ...kulit nipis & rangup...alahai .. Puas hati dapat buat sendiri...Sesuai sebagai hidangan sarapan pagi & minum petang ...
KULIT KARIPAP
bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan minyak-dipanaskan
1/2 sudu kecil garam halus bancuh dengan 1/2 cawan air sejuk .
# Campur semua bahan & uli hingga tidak melekat pada tangan .Biarkan 30 minit sebelum digunakan ...
INTI KARIPAP
6 biji kentang - kupas dan potong dadu
*2 sudu makan udang kering - rendam
*4 ulas bawang ros
*4 ulas bawang putih
* tumbuk lumat
2 sudu makan serbuk kari daging-bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
1 sudu makan cili kisar
2 mangkuk kecil air
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
#Masukkan pula cili kisar & tumis lagi .
# Kemudian,masukkan pula pes kari & tumis lagi hingga pecah minyak.
# Masukkan kentang & gaul sebati .
#Tambah air, garam & gula .
# Masak hingga kering .
# Biarkan sejuk .
Cara membuat karipap
1. Ambil sedikit doh, gelek nipis dan letak ke atas acuan.
2. Masukkan 2 sudu kecil inti kentang & letak di tengah-tengah doh tadi .
3. Terap doh .
4. Ulang langkah di atas hingga habis .
5. Panaskan minyak. Goreng karipap hingga garing .
SELAMAT MENCUBA !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan