Assalamualaikum & selamat tengahari...
Menu simple untuk lunch hari ni ...
Bahan-bahan:
Ayam -potong kecil
Sotong - potong bulat
Udang
Bunga kobis
Kacang panjang
6 ulas bawang putih -ketuk
2 batang serai -ketuk
7 helai daun limau purut
1 biji bawang besar -potong empat
Cili merah-potong besar
6 batang cili padi -ketuk
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
2 sudu kecil garam halus
2 cawan air
Cara-caranya :
1. Gaul ayam dengan satu sudu kecil serbuk kunyit & satu sudu makan sos ikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih,serai & daun limau purut hingga naik bau.
3. Masukkan pula bawang besar,cili merah & cili padi .
4. Kemudian, masukkan pula 2 sudu makan cili kisar & tumis sebentar.
5. Masukkan potongan ayam & tambah 2 cawan air .Masak lebih kurang 10 minit .
6.Tambah sos & sayuran. Masak hingga sayur lembut .
7. Masukkan pula udang & sotong .Gaul sebati . Masak lebih kurang 5 minit .
8. Akhir sekali,tambah garam & gula secukupnya.
9. Makan dengan nasi putih & telur dadar....Fuh !!! Sedap....😋
SELAMAT MENCUBA!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan