Jumaat, 1 Mac 2019

KEK BIRTHDAY

Assalamualaikum & selamat  pagi ...



Kek Birthday  paling simple ..Untuk kek guna  resepi  kek  span strawberry  kukus  dan  hiasan deco kek guna  buttercream...bunga ros  beli  readymade  jer...



Seronok sangat  Amniey  dapat potong  kek  birthday dengan  kawan-kawan... 




Kek  Strawberry

5 biji  telur gred  A
1 cawan gula  kastor
2 sudu  makan  ovalette
1 sudu  kecil  esen  vanilla
1 sudu  makan  susu  tepung
1/4 cawan susu  cair
2 sudu  kecil strawberry emulco
2 sudu  kecil  pewarna merah  jambu

# Mixer semua  bahan  di  atas  hingga  gebu.
# Masukkan 2 cawan tepung beserbuk penaik sedikit demi  sedikit & mix sebati. 
# Masukkan 3 sudu  makan  minyak & gaul  sebati dengan  menggunakan  spatula.
#Sapukan sedikit minyak pada loyang  9x 9 inci  & alas dengan baking paper. 
# Tuang adunan  kek  ke  dalam  loyang  & kukus  45 minit .



Untuk resepi buttercream bagi  tujuan  mendeco  kek  & tulisan, kebiasaannya saya  guna  3 resepi ni  bergantung kepada bahan  yang ada...


Resepi 1
2 cawan krimwell
1 cawan gula  icing (Ayak 3x)
# Pukul krimwell hingga  kembang .
# Masukkan gula  icing & pukul sebati .
# Masukkan  sedikit  pewarna & adun  sebati .
# Sedia  digunakan untuk  mendeco kek  & tulisan.


Resepi 2 
150gm shortening
200gm gula  icing (ayak  3x)
#Mix speed perlahan hingga  sebati .


Resepi 3
500gm krimwell
250gm shortening 
400gm gula  icing
2 sudu  kecil  esen
# Mix semua bahan  hingga  sebati. 


Nota : Biasanya saya guna  resepi  1 sebab  guna sukatan  cawan sahaja tak  perlu  timbang-timbang... 


SELAMAT MENCUBA !!!




Tiada ulasan: