Korean spicy chicken ... Ala2 jer bukan original korea pun....ikut tekak sendiri...
Korean chicken spicy |
Bahan-bahan :
Kepak ayam -goreng tepung hingga garing
3 ulas bawang putih -dicincang
Bijan -sangai
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
3 sudu air
4 sudu makan madu
1 sudu makan knorr pasti sedap
Untuk resepi ayam goreng boleh klik SINI
PENYEDIAAN SOS
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang dicincang hingga naik bau.
Masukkan campuran sos dan masak hingga kuah agak pekat.
Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi .
Gaul sebati hingga ayam disaluti sos sepenuhnya.
Akhir sekali ,masukkan bijan dan gaul sebati .
Boleh makan begitu saja ataupun makan dengan nasi putih.
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan