Selasa, 21 Mei 2019

16 RAMADHAN

Assalamualaikum & salam  Ramadhan ...



Menu  16 Ramadhan  hari  ini  ialah  spagetti bolognese  meatballs  & korean  spicy  chicken  popcorn....sekali  sekala  ala2 menu  oversea ...hehe .. But  still  mengekalkan  konsep  'Simple is  ok'...


SPAGETTI  BOLOGNESE  MEATBALLS
1/2 peket  spagetti- rebus  hingga  lembut  & toskan

1 botol  sos  spagetti  tomato  KIMBALL
1 cawan  daging  cincang
1 biji  bawang  besar -cincang
3 ulas  bawang  putih -cincang
20 biji  meatballs
Air secukupnya
1 sudu  kecil  garam  halus
1 sudu  makan  knorr  pasti  sedap
Sedikit  minyak  untuk  menumis

# Panaskan  minyak .Tumis bawang  hingga layu .
# Masukkan  daging  cincang  & masak  sebentar.
# Masukkan  sos  tomato,air,garam,gula & knorr pasti  sedap .
# Masukkan  meatballs  & biarkan  mereneh  hingga meatballs  benar-benar  masak .
# Sedia  untuk dihidang .



KOREAN  SPICY  CHICKEN  POPCORNS
Untuk resepi  cara  memasak  chicken  popcorn  boleh klik SINI   dan  untuk  resepi  salutan  korean  spicy  boleh  klik SINI



SELAMAT  MENCUBA !!!😋

Tiada ulasan: