Menu 17 Ramadhan...mee kari & meatballs blackpepper ...'Simple is ok'...
Mee kari |
MEE KARI
1 bungkus mee kuning -celur dengan air panas & toskan
PENYEDIAAN KUAH :
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan cili kisar
*2 sudu makan serbuk kari ikan
*2 sudu makan serbuk kari daging
* campur & tambah sedikit air jadikan pes
3 fishcakes - hiris nipis
2 keping dada ayam -potong kecil
20 ekor udang - siang & buang kepala
Kacang panjang -potong
Carot -potong
Sedikit minyak untuk menumis
2 kiub pati ayam
3 sudu kecil garam halus
1 sudu makan gula
2 mangkuk air
1 kotak kecil santan
Bahan aksesori
Daun bawang - potong kecil
Bawang goreng
# Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pula cili kisar & tumis hingga pecah minyak.
# Masukkan pula pes serbuk kari & tumis lagi hingga keluar minyak.
# Masukkan isi ayam & masak sebentar .
# Masukkan air, kiub ayam ,sayuran, fishcakes & masak hingga sayuran lembut .
# Kemudian,masukkan santan, udang,garam & gula .Kuah sentiasa dikacau supaya tak pecah .
# Biarkan kuah mendidih & santan benar-benar masak.
# Sedia untuk dihidang bersama mee kuning.
Meatballs sos blackpepper |
MEATBALLS SOS BLACKPEPPER
20 biji meatballs -goreng hingga masak & toskan
Sos blackpepper
2 sudu makan butter
1/2 biji bawang besar -cincang
1/2 kiub pati ayam
1 cawan air
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
# Panaskan butter hingga cair. Masukkan bawang besar & tumis hingga layu .
# Masukkan pula lada hitam & tumis sebentar .
# Kemudian masukkan tepung gandum & kacau supaya tepung tinggal bergentel.
# Masukkan air, kicap & kiub pati ayam
# Masak hingga kuah agak pekat .
# Tuang sos ke atas meatballs yang telah digoreng tadi .
# Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan