Fetucini Carbonara & Korean Spicy Chicken |
Menu untuk berbuka hari ke-3 Ramadhan masih berkonsepkan 'simple is ok'...makan dengan 2 anak yang masih kecil tak boleh masak banyak -banyak nanti membazir pulak sebab diaorang jenis makan tak banyak...masak agak-agak makan habis ...Tunggu anak bujang sorang tu balik baru leh masak banyak sikit ...
Fetucini Carbonara & Korean spicy chicken... Masak sikit nasi putih kot teringin makan dengan ayam...
Fetucini carbonara |
FETUCINI CARBONARA
Bahan-bahan:
Pasta fetucini -rebus hingga lembut & toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang holland -cincang
1 kiub pati ayam
1 tin kecil sos carbonara
1 tin kecil air
10 batang sosej -potong kecil
Sedikit minyak untuk menumis
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang hingga naik layu .
# Masukkan sosej & masak sebentar.
# Masukkan sos carbonara & 1 tin air.
# Masukkan pula kiub pati ayam & gaul sebati .
# Renehkan sebentar hingga kuah agak pekat .
# Sedia untuk dihidang.
Untuk korean spicy chicken kali ni, saya gunakan drummet yang segera jer ... Kalau nak buat ayam salutan sendiri pun boleh....resepi boleh klik kat SINI
KOREAN SPICY CHICKEN
Korean Chicken Spicy |
Drummet segera -goreng hingga garing
Drummet frozen yang saya guna |
3 ulas bawang putih -cincang
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
4 susu makan madu
3 sudu makan air
Bijan secukupnya
1 sudu makan knorr pasti sedap
Sedikit minyak untuk menumis
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga agak garing.
#Masukkan campuran sos tadi .Tambahkan serbuk knorr pasti sedap .Masak hingga kuah agak pekat.
# Masukkan drummet yang telah digoreng & gaul sebati.
# Taburkan bijan & gaul rata .
# Sedia untuk di hidang.
Untuk mendapatkan resepi step by step Korean spicy chicken boleh klik SINI.
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan