Bubur nasi & Sandwich sardin |
Untuk menu hari ini masih berkonsepkan 'simple is ok'...yang penting sedap & berkhasiat....menu lebih kepada menu-menu kegemaran anak-anak bertujuan untuk menggalakkan mereka berpuasa & seronok setiap kali berbuka puasa ...
Untuk hari ni menu yang simple iaitu bubur nasi & sandwich sardin ....
Jom terjah ...
BUBUR NASI
Bubur nasi |
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras -basuh bersih
5 mangkuk air
2 sudu kecil garam
# Masak hingga mendapat tekstur yang disukai. Saya guna pressure cooker setting untuk bubur 25 minit jer dah siap ...
Aksesori bubur
Isi ayam -disiat2
Daun sup -cincang halus
Ikan bilis -goreng & tumbuk lumat
Telur masin
Bawang goreng -hiris nipis bawang merah & goreng hingga garing.
SANDWICH SARDIN
Sandwich sardin |
Bahan-bahan:
4 keping roti wholemeal
Sardin -gaul dengan mayonis & masak sebentar. Tambah sedikit serbuk lada sulah & serbuk paprika.
Timun jepun -hiris nipis
# Sapukan sardin pada roti. Letak hirisan timun. Lapiskan dengan roti yang disapu sardin .
# Potong segitiga & sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan