Mee goreng basah |
Pejam celik pejam celik masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa ...Alhamdulillah idea untuk memasak masih belum kering lagi ..masih mengekalkan konsep 'Simple is ok'...dahlah simple express pulak tu...
Mee goreng basah express...santapan bersahur pagi tadi...guna perencah ready made jer ...adjust tambah sikit-sikit bahan....memang sedap ...
Goreng kosong cuma boh telur jer ...kalau nak tambah sayur-sayuran, ayam,udang,sotong atau daging pun boleh ...kita yang nak makan kan ...So, boleh jer ubah secukup rasa & sesuka hati ...
Bahan-bahan yang digunakan .Bawang & kicap tiada di dalam gambar . |
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - basuh & toskan
2 peket perencah mee goreng
3 ulas bawang merah -hiris nipis
3 ulas bawang putih -hiris nipis
2 biji telur
2 sudu makan kicap manis
1 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak . Tumis hirisan bawang hingga agak garing .Kemudian, masukkan perencah mee goreng .Gaul sebentar .
2. Pecahkan 2 biji telur & gaul sebati .
3. Masukkan pula mee & gaul sebati dengan perencah .
4. Tambah air & kicap manis .
5. Gaul rata.
6. Sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan