Ayam goreng berempah |
Banyak versi ayam goreng berempah ...tapi versi yang ni antara yang paling simple & mudah....sedap pulak tu....perap ayam dengan rempah-rempah ...Lagi lama lagi sedap ...
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam -potong kecil
2 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
2 sudu kecil garam halus
1/2 biji kelapa parut -menghasilkan serdak bila digoreng .
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
* bahan tumbuk
1 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
CARA -CARANYA :
# Masukkan semua bahan dalam mangkuk .Gaul sebati & perap 1 jam .Lagi lama lagi sedap .
# Panaskan minyak .Goreng ayam hingga garing .
# Toskan & sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan