Nasi goreng biru |
Nasi goreng biru santapan sahur pagi tadi....ada lebihan nasi kerabu berbuka semalam...lauk dah habis....daripada terbuang goreng jelah nasi biru tu... Habis ...Tak terbuang pun ...
Memasak ni kita akan lebih semangat bila ada tukang makan kan...masak bersungguh-sungguh,yang tukang makan pun makan bersungguh-sungguh barulah syiok ...
Untuk memasak nasi goreng biru ni bahan-bahannya ialah :
1 mangkuk nasi biru - kalau masak nasi kerabu masak lebih sikit
Bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
8 biji cili padi
2 sudu kecil garam halus
Sayur kubis - potong halus
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya :
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga garing . Masukkan 2 sudu garam & gaul rata.
# Pecahkan 2 biji telur & gaul sebati.
# Kemudian masukkan kubis & masak hingga layu .
# Masukkan nasi biru & gaul sebati .
# Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan