Sambal udang petai |
Bahan-bahan:
1 mangkuk udang
1 mangkuk petai
Udang dan petai |
*5 biji bawang kecil
*4 ulas bawang putih
*sedikit belacan
* tumbuk lumat
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar -hiris
Sedikit air
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan knorr pasti sedap
Sedikit air
Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng udang hingga tukar warna.Angkat & toskan.
2. Guna minyak goreng udang tadi tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing .
3. Masukkan cili kisar & tumis lagi hingga pecah minyak .
4. Masukkan gula & tumis lagi hingga pecah minyak .Tambah sedikit air .
5. Tambah sos cili & sos tomato .Tambah garam & perasa .
6. Masukkan udang,petai & bawang besar .
7. Masak sebentar..jangan lama sangat sebab nak bagi petai & bawang besar crunchy...
SELAMAT MENCUBA !!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan