ketupat nasi,kuah lodeh,sambal kacang,serunding kelapa,ayam masak merah, rendang daging, sambal goreng jawa |
Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua terutama sekali regular customer 'FIEZA DELIGHTS'...terima kasih kerana masih sudi menempah dengan saya...moga terus memberi sokongan & terus mempercayai 'FIEZA DELIGHTS'...
Juga kepada pelawat-pelawat blog FIEZA DELIGHTS, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ...saya amat-amat menghargainya ...semoga resepi-resepi yang saya kongsikan di blog ini bermanfaat untuk semua ...
Oklah ....hari ni saya nak post berkaitan juadah raya gandingan mantap ketupat nasi...
Post sebelum ni berkaitan ketupat daun kelapa...kali ni saya akan kongsikan lauk pauk yang dimakan bersama ketupat...
Di negeri Johor, kalau hari raya wajib ada lontong,kuah lodeh,sambal kacang,sambal goreng jawa,rendang daging,ayam masak merah.... Memang mewah dengan lauk pauk ...
Untuk Syawal kali ini juadah yang dimasak ialah kuah lodeh,sambal kacang,rendang hijau daging,sambal goreng jawa,ayam masak merah & serunding kelapa... Memang letih memasak dalam kuantiti yang banyak ...Tapi ... Bila pakat tolong menolong ia jadi lebih mudah ....sorang kupas bawang,sorang goreng ayam,sorang potong daging ...Memang seronok...
Ketupat nasi |
Ketupat yang telah dipotong |
KETUPAT NASI
Untuk resepi ketupat step by step boleh klik SINI, SINI dan SINI...
Kuah lodeh |
KUAH LODEH
Untuk resepi kuah lodeh step by step boleh klik SINI (kuah lodeh) untuk lontong.
Sambal goreng jawa |
SAMBAL GORENG JAWA
Untuk resepi sambal goreng jawa boleh klik SINI
Sambal kacang |
SAMBAL KACANG
Untuk resepi sambal kacang boleh klik SINI (sambal kacang) untuk sate ayam.
Ayam masak merah |
AYAM MASAK MERAH
Untuk resepi ayam masak merah boleh klik SINI, (ayam masak merah) untuk nasi minyak.
Rendang daging |
RENDANG DAGING
Daging -potong kecil
# Serai
#Halia
#Lengkuas
#Bawang besar
#Bawang kecil
#Bawang putih
#Cili padi hijau
#Cili hijau besar
Serbuk kunyit
Kerisik
Santan
Daun kunyit-hiris halus
Daun limau purut -hiris halus
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
# Blender semua bahan bertanda #.
# Panaskan minyak. Tumis bahan yang diblender hingga naik bau.
# Masukkan daging & masak hingga separuh masak .
# Tambah santan,garam,gula,daun limau purut,daun kunyit.
# Masak hingga kering .
Serunding kelapa |
SERUNDING KELAPA
Untuk resepi serunding kelapa boleh klik SINI (serunding kelapa)untuk nasi ambeng.
Alhamdulillah... Masih diberi peluang & kesihatan untuk menyediakan & merasai juadah raya tahun ni....moga masih dipanjangkan umur untuk merasainya & diberi kekuatan lagi tahun depan ...Aamiin ...
SELAMAT MENCUBA !!!😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan