Ahad, 18 Ogos 2019

SUP FUCUK+ SUHUN+BUNGA KOBIS

Assalamualaikum & selamat petang ...


Sup fucuk ....Kat utara panggil fucuk tapi belah selatan terutamanya Johor panggil tauhu kering....


Bahan-bahan :
Fucuk (tauhu kering)
Suhun
# rendam  fucuk & suhun hingga lembut

Bunga kobis-potong kecil
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas  bawang  putih -hiris
2 kiub  pati ayam
Serbuk lada sulah
Air secukupnya


Cara memasak:
Rebus semua bahan hingga masak dan lembut.
Sedia untuk dihidang .


Makan dengan nasi panas-panas, sambal totok & telur kicap pun dah cukup... Bertambah-tambah nasi ....


Untuk resepi sambal totok....
20 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 sudu  kecil garam
3 sudu makan minyak gorengan ayam/ikan(orang jawa kata taik minyak) lagi hitam lagi sedap....so, minyak lebihan goreng jangan buang simpan untuk buat sambal totok ye....

# Tumbuk lumat cili padi dan bawang putih. Masukkan garam dan minyak .Gaul sebati.
# Sedia untuk dihidang.

PERINGATAN : tahap kepedasan sambal totok ni bergantung kepada jenis cili padi ye ....kalau cili padi yang paling kecik ataupun orang panggil cabai melaka(lada kampung) ataupun orang jawa panggil lombok rawit, yang tu memang tersangat pedas ...yang ke-2, cili padi warna merah ......kurang pedas sikit cili padi yang warna hijau.. .So, ikut citarasa masing-masing ye...sambal totok ni macam ada saka tau....lagi pedas lagi sedap nak tambah ... Tak caya....cuba dulu ....baru tau penangan sambal totok camne.... Hahaha....pedas tanggung sendiri yer ...


Untuk resepi telur kicap senang jer....

Telur -goreng sebiji-sebiji
Bawang  besar - potong bulat
Bawang putih -cincang
Cili padi-potong kecil
Kicap manis secukupnya
Sos  tiram
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar,bawang putih & cilipadi hingga layu.
# Masukkan kicap dan sos tiram.Gaul sebati.
# Masukkan pula telur,gaul dan biarkan masak sebentar.
# Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: