Sabtu, 29 Februari 2020

AGAR-AGAR SIRAP LAICI

Assalamualaikum dan selamat malam...

Sesekali nak berkongsi resepi pencuci mulut...agar-agar paling mudah untuk disediakan...agar-agar laici...sedap dimakan sejuk-sejuk....rasa sejuk jer anak tekak...hehe...

AGAR-AGAR SIRAP LAICI


BAHAN-BAHAN :

20gm serbuk agar-agar
1 cawan kordial sirap rose F&N
10 cawan air
1 tin laici


CARA MEMASAKNYA:
1. Didihkan air dan serbuk agar-agar hingga agar-agar larut sepenuhnya.
2. Masukkan pula kordial sirap dan laici.
3. Biarkan mendidih dan gaul sebati.
4. Tuang di dalam bekas, sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Potong dan bolehlah dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋

Tiada ulasan: