ASAM PEDAS AYAM PRESSURE COOKER |
Dugaan tahun ni 2020.... Merebaknya wabak covid-19...masuk gelombang ke-2 makin mudah merebaknya.... Risau nak ke sana ke sini...
Hmmm... Walaupun cuti sekolah dah bermula tapi lebih baik berkurung jelah di rumah tak payah pergi bercuti mana-mana... Sememangnya ajal maut di tangan Allah tapi dalam masa yang sama kita perlu berikhtiar untuk mengelak... Betul tak???
So, dah duduk rumah ni kita main masak-masaklah yer...masak yang mudah-mudah... Ok...kali ni nak test penggunaan pressure cooker untuk masak asam pedas ayam...
Ish... Cepat sungguh masaknyer...12minit siap dah boleh makan dah.... Alahai tak rugi membeli...
Bahan-bahan :
Bahan-bahan utama |
1/2 ekor ayam dipotong dan cuci bersih |
Tomato, serai dan daun kesom |
Serai
Tomato
Daun kesum
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Kunyit hidup
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan yang perlu dikisar |
Bahan yang telah dikisar |
Bahan dikisar:
Kunyit, bawang merah, bawang putih dan lada kering
CARA MEMASAK :
Onkan pressure cooker tekan button 'pressure holding timer' dan set hingga 10 minit. |
Masukkan sedikit minyak.Biarkan sebentar hingga minyak panas. Tumis bahan kisar dan 2 batang serai yang telah diketuk hingga pecah minyak. |
Kemudian, masukkan pula ayam.Gaul ayam hingga sebati dengan rempah. |
Tambah air asam jawa, tomato, daun kesum dan air secukupnya. |
Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. |
Tekan button 'keep warm/cancel' dan skrin masa akan tertera 00 |
Tutup periuk dengan kemas dan laraskan tombol stim. |
Tekan button 'chicken'. 12 minit akan tertera pada skrin masa. |
Taraaa.... Asam pedas ayam siap!!! Dah boleh makan.... 12 minit jer yer.... Cepat banget.... |
Tips: Pastikan guna senduk kayu/plastik semasa menggaul menggunakan pressure cooker untuk menjaga lapisan tahan lekat periuk.... Kalau tidak lapisan ni mudah tertanggal dan periuk akan calar balar yer...periuk mahal kena jaga baik-baiklah...alah membeli menang memakai....
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan