Isnin, 30 Mac 2020

JUS TIMUN PEGAGA

Assalamualaikum dan selamat petang...

JUS TIMUN PEGAGA

Hari ni saya nak up resepi jus timun pegaga.... Amat bagus untuk kesihatan... Lagi-lagi kalau timun dan pegaga tu dipetik dari kebun sendiri.... Organik gitu... Lagilah sihat.. Senang jer nak membuatnya..


Jus timun pegaga.... Warna hijaunya pun dah mengancam.... 

Bahan-bahan :
1/2 biji timun
7 helai daun pegaga
2 cawan  air

2 sudu makan gula pasir-bancuh dengan sedikit air panas untuk melarutkannya.
Kiub ais-jika suka


# kisar semua bahan hingga hancur... Lepas tu nak tapis pun boleh... Nak minum dengan hampasnya sekali pun boleh...
# tambah kiub ais jika suka.
# sedia untuk diminum.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋

Tiada ulasan: