Khamis, 23 April 2020

KUIH LAPIS PANDAN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat petang...

KUIH LAPIS PANDAN COKLAT

Kuih lapis lagi...haha...tapi kali ni buat perisa pandan dan coklat pulak...buat dalam loyang 8 inci sekejap jer licin sebab orang dalam rumah ni hantu kuih lapis...

Sedap...lemak manis...tak manis sangat...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pandan emulco
2 sudu makan serbuk koko


Kuih lapis yang siap dikukus...tunggu sejuk...baru potong yer...potong pun guna pisau plastik yer baru tak melekat...

Cara memasak:
1. Gaul sebati semua bahan kecuali pandan emulco dan serbuk koko.Tapiskan.
2. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan pandan emulco dan satu lagi bahagian campurkan serbuk koko.
3. Sapukan permukaan dalam loyang 8 inci dengan sedikit minyak.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang 1 cawan adunan coklat dan kukus 5 minit.
6. Tuang pula 1 cawan adunan pandan dan kukus lagi 5 minit.
7. Buat hingga habis.Lapisan akhir kukus lagi selama 20 minit.5 minit terakhir kukus dengan penutup pengukus dibuka yer...
8. Biarkan sejuk barulah dipotong menggunakan pisau plastik.

# Semasa mengukus selama 20 minit tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis pada kuih.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: