Khamis, 30 April 2020

MENU 5 RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

MENU 5 RAMADHAN...AYAM KICAP SOS TIRAM,KOBIS GORENG,SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS,KUIH SAGU DELIMA,ONION RING...


alhamdulillah...masak sendiri lebih nikmat

Menu berbuka puasa 5 Ramadhan...kuih sagu delima,onion ring,ayam kicap sos tiram,kubis goreng dan sambal tumis hijau ikan bilis...


AYAM KICAP SOS TIRAM,KOBIS GORENG DAN SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS




AYAM KICAP SOS TIRAM

AYAM KICAP SOS TIRAM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam -potong kecil
Sebiji bawang besar-potong bulat
Sebiji lada merah-potong serong
Kicap manis secukupnya
Sos tiram secukupnya

Simple tapi marbeles...

Cara memasak:
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga garing dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan lada hingga agak layu.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati.
4. Kemudian,masukkan ayam dan gaul sebati.Masak sebentar hingga kuah sebati dengan ayam. Lebih kurang 15 minit lagi.
5. Sedia untuk dihidang.


KOBIS GORENG

KOBIS GORENG

Bahan-bahan:
Kobis -potong kecil
Sebiji bawang besar-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris nipis
1 biji lada merah-potong serong
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan serbuk knorr pasti sedap
Sedikit air

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan lada hingga agak layu.Masukkan pula serbuk kunyit dan gaul sebati.
2. Masukkan kobis dan tumis lagi hingga agak layu.
3. Masukkan air,garam dan serbuk knorr.Gaul sebati.Masak sebentar dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS

SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS
Untuk resepi sambal tumis hijau ikan bilis boleh klik


KUDAPAN DAN PEMANIS MULUT...ONION RING & KUIH SAGU DELIMA...



Kuih sagu delima

KUIH SAGU DELIMA
Untuk resepi kuih sagu delima boleh klik RESEPI KUIH SAGU DELIMA



Onion ring
ONION RING
Untuk resepi onion ring boleh klik RESEPI ONION RING



SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: