Rabu, 22 April 2020

NASI IMPIT@ LONTONG HOMEMADE PART 2

Assalamualaikum dan selamat petang...

NASI IMPIT PLASTIK


Sebelum ini saya dah post cara membuat nasi impit hanya dengan menggunakan rice cooker.Kali ini,saya akan share cara menghasilkan nasi impit menggunakan plastik.

Bahan-bahan :
Beras secukupnya-basuh bersih dan toskan.
Plastik


Cara membuatnya :

Basuh beras hingga bersih dan toskan.

Isikan beras 1/4 bahagian plastik.Nak boh 1/2 plastik pun boleh tapi nanti mampat sangat dan plastik mudah koyak dan terbuka bila direbus.


Sealer plastik dengan kemas supaya tidak terbuka.Ratakan beras pada semua permukaan plastik. Saya sealer guna lilin jer...



Tebuk lubang pada permukaan plastik depan dan belakang. Saya tebuk guna pembuang sisik ikan.Nak cucuk lubang guna garfu atau pencungkil gigi pun boleh.


Hasil tebukan lubang pada plastik. Tebuk lubang jangan besar sangat nanti terkeluar pulak beras-beras tu.


Isi air ke dalam periuk dan masak hingga air menggelegak.


Masukkan plastik beras tadi dan rebus dengan api besar selama 5 minit.Selepas 5 minit,beras dah mula mengembang.Tutup api. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan selama 30 minit.


Setelah cukup 30 minit. Rebus semula nasi impit selama 15 minit lagi dengan api besar. Cukup 15 minit angkat dan toskan.

Biarkan sejuk barulah dipotong.Sedia untuk dihidang.Nampak tak kemampatan nasi impit tu....hehe...Lepas ni tak payah beli hat ready made tu sebab dah reti buat sendiri...


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: