KUIH BADAK BERENDAM |
Kuih badak berendam...lebih kurang sama dengan kuih koci cumanya direndam dengan kuah santan...kuih koci versi berendam...hehe...sebab pe...sebab bahan dan cara pembuatannya lebih kurang sama...ada inti kelapa di dalamnya...
Ada 3 item kena buat untuk penyediaan badak berendam ni....first,mesti kena siapkan intinya dulu...
INTI KELAPA
bahan-bahan :
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
3 sudu makan gula putih
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung/ ubi/ gandum
Cara membuatnya:
1. Masukkan air,gula merah,gula putih dan daun pandan. Masak hingga gula cair sepenuhnya.Kemudian tapis.
2. Masukkan semula air gula merah yang telah ditapis tadi ke dalam kuali. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Akhir sekali,masukkan tepung dan masak hingga lekat. Angkat dan biarkan sejuk.
Step seterusnya adalah penyediaan doh.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Sedikit perasa dan pewarna pandan
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat.
2. Ambil sedikit doh, isi inti kelapa dan bulat-bulatkan.
3. Rebus doh hingga masak. Step ni macam kita buat kuih buah melaka. Kalau doh dah timbul bermaksud dah masak.
4. Angkat dan rendam di dalam air sejuk supaya tidak melekat.
Step terakhir adalah memasak kuah santan
Bahan-bahan :
1 kotak kecil santan kotak
1 cawan air
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan gula merah/gula putih
Secubit garam
Sedikit biji sagu-jika suka
#Campurkan santan dan tepung beras hingga sebati dan panaskan di atas api sederhana.
#Masukkan secubit garam dan gaul lagi hingga sebati.
# Masak hingga agak pekat.
Cara menghidang:
1. Letakkan kuih yang telah dimasak tadi.
2. Siramkan dengan kuah santan tadi hingga agak tenggelam.
3. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan