Sabtu, 2 Mei 2020

SAGU GULA MELAKA

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

SAGU GULA MELAKA

Sagu gula melaka...dessert yang sedap dimakan sejuk-sejuk terutamanya bila buka puasa...alahai...sedapnya...

Untuk menyediakan hidangan ni perlu siapkan air gula dan sagu dulu...
Sagu gula melaka ni ada yang suka makan dengan santan...Masak jer santan,tambah sedikit garam...tapi saya suka makan dengan susu cair/susu full cream/susu low fat/susu segar...ikut citarasa masing-masinglah yer...

SAGU YANG SIAP DIMASAK

SAGU
Bahan-bahan :
1 cawan sagu- rendam 1 jam
4 cawan air
1 cawan gula
1 sudu pewarna sirap rose

Cara memasak:
1. Masukkan sagu,air dan daun pandan di dalam kuali.
2. Masak di atas api sedarhana hingga sagu bertukar menjadi putih.
3. Masukkan gula dan gaul sebati.
4. Masukkan pula pewarna rose dan gaul sebati.
5. Masak hingga likat.
6. Biarkan sejuk


AIR GULA

AIR GULA
2 cawan air
3 ketul gula kabung
1/2 cawan gula perang
Sehelai daun pandan-disimpul
# Masak kesemua bahan hingga agak pekat.
# Sejukkan.


CARA MENGHIDANG :
1. Tuang air gula ke dalam bekas/gelas. Kalau nak manis bubuhlah banyak yer.
2. Sudukan pula sagu.
3. Tuang susu cair / susu full cream.
4. Sejukkan di dalam peti ais.
5. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: