Isnin, 4 Mei 2020

KUIH LOPES

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

KUIH LOPES
Kuih lopes....kegemaran cik somi...seronok bila memasak ada orang nak makan...tukang masak kurang sikit kuih-kuih manis ni...membuatnya suka...nak makannya kureng...

Lemak manis....

Ada banyak versi cara membuat kuih lopes ni...tapi saya guna cara yang mudah jer...kukus pulut baru cetak ikut acuan...ade yang kukus dalam daun pisang kemudian terus potong...ikut kreativiti masing-masinglah yer...

Pulut dan air gula

Step pertama kena buat air gula untuk curah atas kuih tu nanti...


AIR GULA

AIR GULA
2 cawan air
3 ketul gula kabung
1/2 cawan gula perang
1 helai daun pandan -disimpul
# Masak atas api sederhana hingga gula melarut sepenuhnya.

Masak hingga air gula agak pekat...

# Didihkan hingga kuah agak pekat dan sejukkan.

Pulut setelah dikukus

PULUT
2 cawan tepung pulut-rendam 1 jam
2 cawan santan cair
1/2 cawan air tapisan daun pandan
1 sudu teh air kapur
Secubit garam

Cara memasak:
1. Gaul semua bahan dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.

Masukkan pulut ke dalam acuan...tekan padat kemudian keluarkan...

2. Dah masak,ambil sedikit pulut,tekan-tekan ke dalam acuan bulat dan keluarkan.


pulut yang sudah siap digaul dengan kelapa parut

BAHAN SALUTAN PULUT
1/2 biji kelapa parut muda/putih
Secubit garam
# Gaul sebati dan kukus 5 minit.

Lopes sedia terhidang...

Cara menghidang:
1. Gaul pulut yang telah dicetak ke dalam kelapa parut.
2. Letak di dalam pinggan.
3. Curahkan air gula.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: