Jumaat, 12 Jun 2020

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum dan selamat petang...

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Makan time sejuk-sejuk...alahai...sedap gilooos...

Ada orang tak makan puding karamel sebab katanya hanyir bau telur....jangan risau yer...resepi puding karamel kali ni tak pakai telur...sedap dimakan time sejuk-sejuk...yummy!!!😋😋

Ni resepi untuk loyang saiz 7 inci yer...cukuplah untuk 5 orang makan...

BAHAN GULA KARAMEL:
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air panas
# Masak gula pasir dengan api kecil hingga sedikit keperangan.
# Tutup api dan masukkan air panas.Gaul sebati. Kalau melekat-lekat kat senduk jangan risau.
# Buka semula api,masak hingga gula larut semula.
# Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang.

Nota : kalau guna bekas plastik dadih kecil-kecil tu sukatannya 3/4 cawan gula,masak hingga jadi perang.Campurkan 1 cawan air panas. Masak atas api kecil hingga gula larut.Sejukkan. Masukkan 1 sudu makan gula karamel tadi ke dalam bekas dadih tu.Ketepikan.

BAHAN PUDING:
1 Peket serbuk agar-agar (10 gram plain/clear)
# Kalau agar-agar tali guna 20gm/25gm
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu cair
# Satukan semua bahan dan kacau sebati.
# Tapiskan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
#Apabila dah mendidih ganas,tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Biarkan sedikit suam.
# Masukkan dalam peti sejuk.
# Bila dah beku bolehlah dihidang dan makan.

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: