Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2016

CRYSTAL BALL @ BISKUT ARAB @ BISKUT SUGI

Assalamualaikum dan salam tengahari...






Biskut sugi/biskut arab.... Skrg namanya telah dimodenkan jadilah cystal ball.... Masih menggunakan bahan yang sama cuma biskutnya diwarna-warnikan supaya nampak lebih  menarik....


BAHAN-BAHAN :

1 1/2  cawan minyak sapi
3/4 cawan gula kastor
4  1/2 cawan tepung gandum - sangai sampai ringan
Gula halus untuk salut biskut lepas siap bakar
Sedikit pewarna merah, kuning & hijau.


CARANYA :

1. Campurkan sebati gula & tepung gandum.
2.  Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Bubuh setiap bahagian dengan warna hijau,  kuning & merah.
4.  Cubit sedikit setiap warna, cantumkan dan bulat-bulatkan.
5.  Susun di atas loyang.
6.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
7.  Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 160'c.
8.  Biarkan sejuk.  Bila biskut dah sejuk, golek-golek dengan gula halus.
9.  Simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum dan salam sejahtera....





Cornflakes madu ni senang sangat nak membuatnya.... Tak payah guna tepung2 bagai.... Rajin ke tidak nak membuatnya je.... Gotong- royong buat dengan anak-anak lagi best.... Mintak tolong diaorang isikan dalam paper cup... Kan syok.... Sama2 buat... Sama2 makan....

Selalunya kuih raya ni yang paling terlajak laris bila time raya.... Simple tapi memang sedap... Krup krap krup krap....


Jom buat untuk raya ni....

BAHAN-BAHAN :

1 kotak cornflakes besar - 500gm
1/2 ketul buttercup
1 cawan madu
1/2 cawan gula perang - gula pasir pun takpe
* gula ikut suka ye... Nak manis boleh tambah kalau nak kurangkan pun boleh
Buah- buahan campuran kering
Badam hiris- jika suka
Paper cup secukupnya



CARANYA :

1.  Masukkan butter di dalam kuali/periuk.  Dengan api yang kecil,  cairkan butter.
2.  Kemudian masukkan madu dan gula.  Kacau sebati.
3.  Masukkan cornflakes , buah-buahan kering & badam hiris. Gaul sebati.
4.  Tutup api dan masukkan bahan yang telah digaul sebati tadi ke dalam paper cup.
5.  Bakar 8-10 minit pada suhu 160'c.
6.  Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

ALMOND COOKIES @ BISKUT BADAM

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu....



Masih dalam misi menge'post' resepi-resepi biskut raya.  Kali ni giliran almond cookies.... Sangat rangup.... Orang yang pakai gigi palsu payah skit nak makan biskut ni sebab teksturnya yang sedikit keras....apa2 pun saya suka sebab anak-anak pun suka...








BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula kastor
Sedikit esen vanilla
1 cawan serbuk badam
2 cawan tepung jagung
2  1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Badam cincang -  sebagai hiasan
Kuning telur - untuk glis atas biskut




Ada model biskut pulak... Hihi.... 






CARANYA:

1.  Adun sebati butter, gula & esen vanilla. Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh.
4.  Canaikan doh dan terap dengan acuan yang disukai.
5.  Susun di atas loyang pembakar, gliskan dengan kuning telur dan taburkan sedikit badam cincang.
6.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.  Bakar biskut pada suhu 160' c selama 25 minit.
7.  Biarkan biskut benar-benar sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Jumaat, 3 Jun 2016

ALMOND LONDON COOKIES

Assalamualaikum dan selamat malam....




Biskut ni memang famous bila time raya.... Tetapi akhir2 ni kurang ke'famous'annya disebabkan telah wujud cookies-cookies yan8g namanya lebih canggih.... Famous amous,  red pearl, snow almond,  green peas, florentine, ombak rindu pun ada... Macam2 lagi lah... Walaubagaimanapun cookies ni masih digemari oleh kanak-kanak kerana ia disaluti dengan coklat... Almaklumlah kanak-kanak kan peminat coklat....

Jom kita terjah resepinya...

BAHAN-BAHAN :

250gm butter
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk badam
1 cawan tepung jagung
2  1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
Badam biji yang telah dipanggang secukupnya
Paper cup secukupnya

Topping
Coklat masakan
1 sudu kecil shortening
* cairkan dengan kaedah double boiler
Badam cincang yang telah dipanggang secukupnya


CARANYA :

1.  Pukul butter & gula,  masukkan telur & esen vanilla. Gaul sebati.
2.  Masukkan bahan-bahan lain dan uli hingga menjadi doh.
3.  Ambil sedikit doh, bubuh sebiji badam di dalamnya. Kemudian, bulat atau bujurkan kecil- kecil menutupi badam tadi. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.  Biarkan biskut sejuk.
4.  Bila biskut dah sejuk celupkan di dalam coklat yang telah dicairkan ataupun bubuh biskut di dalam paper cup dan curah coklat cair.
5.  Taburkan badam cincang.
6.  Biarkan coklat membeku pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
* Bila biskut dah sejuk baru double boilerkan coklat masakan tu, jangan cairkan awal-awal nanti keras pulak bila nak celup biskut nanti.

SELAMAT MENCUBA!!!



TART EPAL GULUNG

Assalamualaikum dan salam petang jumaat...




Asyik buat tart nenas gulung je bila raya kan.... Jadi tahun ni cuba tambah variasi tart gulung dengan inti epal pulak.... Pasti tak mengecewakan....

BAHAN-BAHAN:

Bahan doh:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 1/2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan susu tepung
1 cawan butter (226gm)
1 sudu makan minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
Sedikit pewarna hijau


Bahan inti epal :

6 biji epal hijau - buang kulit & parut (saya guna food processor blender je sampai lumat)
3 senduk nasi gula pasir - adjust sendiri ye
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit serbuk kulit kayu manis- jika suka (saya tak letak pun sebab tak suka)
* Masak bahan di atas hingga kering & sejukkan sebelum dijadikan inti tart.



Caranya:
1.  Adun sebati butter, minyak sapi, esen vanilla & gula. Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan pula kuning telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung kastard,  tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bubuh sedikit pewarna hijau dan uli hingga warna sekata.
4.  Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart. Tekankan adunan dengan panjang lebih kurang 3 inci.
5.  Masukkan inti epal dan gulung kemas.
6.  Alaskan loyang pembakar dan susun tart yang telah siap tadi.
7.  Gliskan dengan kuning telur.
8.  Bakar pada suhu 160'c,  17 hingga 20 minit hingga masak.
9.  Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.



SELAMAT MENCUBA!!!