Memaparkan catatan dengan label NASI IMPIT @ LONTONG HOMEMADE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI IMPIT @ LONTONG HOMEMADE. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2020

NASI IMPIT@ LONTONG HOMEMADE PART 2

Assalamualaikum dan selamat petang...

NASI IMPIT PLASTIK


Sebelum ini saya dah post cara membuat nasi impit hanya dengan menggunakan rice cooker.Kali ini,saya akan share cara menghasilkan nasi impit menggunakan plastik.

Bahan-bahan :
Beras secukupnya-basuh bersih dan toskan.
Plastik


Cara membuatnya :

Basuh beras hingga bersih dan toskan.

Isikan beras 1/4 bahagian plastik.Nak boh 1/2 plastik pun boleh tapi nanti mampat sangat dan plastik mudah koyak dan terbuka bila direbus.


Sealer plastik dengan kemas supaya tidak terbuka.Ratakan beras pada semua permukaan plastik. Saya sealer guna lilin jer...



Tebuk lubang pada permukaan plastik depan dan belakang. Saya tebuk guna pembuang sisik ikan.Nak cucuk lubang guna garfu atau pencungkil gigi pun boleh.


Hasil tebukan lubang pada plastik. Tebuk lubang jangan besar sangat nanti terkeluar pulak beras-beras tu.


Isi air ke dalam periuk dan masak hingga air menggelegak.


Masukkan plastik beras tadi dan rebus dengan api besar selama 5 minit.Selepas 5 minit,beras dah mula mengembang.Tutup api. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan selama 30 minit.


Setelah cukup 30 minit. Rebus semula nasi impit selama 15 minit lagi dengan api besar. Cukup 15 minit angkat dan toskan.

Biarkan sejuk barulah dipotong.Sedia untuk dihidang.Nampak tak kemampatan nasi impit tu....hehe...Lepas ni tak payah beli hat ready made tu sebab dah reti buat sendiri...


SELAMAT MENCUBA!!!

NASI IMPIT @ LONTONG HOMEMADE PART 1

Assalamualaikum dan selamat pagi...

NASI IMPIT HOMEMADE

Hari ini saya nak share resepi nasi impit homemade part 1...sebab pe part 1 sebab saya akan tunjukkan cara menyediakannya menggunakan method yang pertama...guna pressure cooker jer...method yang kedua,saya akan up dalam post seterusnya...

Nasi impit ni kalau kat Johor atau orang jawa akan panggil lontong...tak kiralah nasi impit tu berkuah atau tidak...kalau nasi impit jer akan dipanggil lontong....tapi orang kot belah lain anggap lontong ni menu nasi impit yang berkuah lemak kuning tu...ape-ape jelah ea...


Untuk membuat nasi impit homemade ni senang jer...cuma sukatan air perlu dilebihkan... 1 nasi : 3 air...


Bahan-bahan:
2 cawan air
6 cawan air
1 sudu kecil garam halus


Masukkan beras dan air ke dalam rice cooker.Masak nasi seperti biasa.
# Masukkan dalam rice cooker.Masak nasi macam biasa.



Nasi yang telah masak.Teksturnya lembut.Gaul dan lenyek-lenyekkan menggunakan senduk nasi yer...
# Dah masak, gaul-gaulkan nasi supaya nasi betul-betul hancur.

Alas loyang dengan aluminium foil
# Alaskan aluminium foil/ plastik pada permukaan dalam loyang sebelum dituang nasi lenyek tadi. Tujuannya supaya mudah untuk dipotong dan dikeluarkan nanti.



Tekan dan lenyek-lenyekkan nasi hingga padat.
# Tuang dan lenyek-lenyekkan di dalam loyang. Tekan-tekan hingga padat.
# Biarkan lebih kurang 3 jam dan sedia untuk dipotong dan dihidang. Guna pisau plastik lebih mudah memotong nasi impit yer...



SELAMAT MENCUBA!!!