Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan Daging bakar. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan Daging bakar. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Isnin, 3 Ogos 2020

NASI ARAB AL-HAURA AYAM BAKAR AIR FRYER

Assalamualaikum dan salam Isnin...

NASI ARAB AL HAURA

MEMANG SEDAP SECUKUP RASA...CUBALAH MASAK KALAU TAK PERCAYA...

Hari ni saya nak share resepi nasi arab al Haura versi 2...sebelum ni saya dah sharekan cara memasak nasi menggunakan pressure cooker dan bakar ayam menggunakan magic pan tetapi untuk kali ni saya akan sharekan step by step cara memasak nasi arab al Haura hanya menggunakan rice cooker biasa dan ayam pula saya bakar menggunakan air fryer...untuk sos pula saya menggunakan resepi sos arab...masih menggunakan bahan-bahan yang mudah...yang penting mestilah menggunakan set nasi arab al Haura yer...

Cuba sekali pasti nak lagi....puas makan tau...yang penting mestilah sebab masak sendiri boleh menambah-nambah...😊


Pertama sekali perlulah ada set nasi arab al Haura...

SET NASI ARAB AL HAURA


Senang sangat guna set pes nasi arab ni...beras ada...pes utk nasi dan ayam/daging pun ada siap-siap...

Rendam beras 15 minit
Sebelum memasak nasi, basuh dan rendam beras selama 15 minit. Kemudian toskan.


Untuk memasak nasi arab...mula-mula, kena rebuslah ayam/daging untuk dapatkan air rebusan tu...sukat air rebusan 700ml/3 1/2 cawan untuk digunakan memasak nasi...

Rebus ayam lebih kurang 15 minit

CARA MEMASAK NASI ARAB:

Nasi arab yang siap dimasak

Jom kita tengok cara memasak nasi step by step:

Masukkan air rebusan ayam,beras, minyak masak,pes nasi dan garam.Gaul sebati.
Masukkan air rebusan ayam 700ml/ 3 1/2 cawan,beras, 3 sudu makan minyak masak,3 sudu kecil garam halus dan gaul sebati. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Nasi yang siap dimasak. Gaul sebati.


Letakkan pewarna kuning telur dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 10 minit.

Bila nak dihidang baru gaul nasi sebati menggunakan senduk kayu.

Taraaaaa....ini hasilnya nasi arab yang siap dimasak....panjang-panjang nasinya...makan nasi saje pun dah sedap tau....😋😋
Nasi arab

Jom sekarang kita tengok pulak cara memasak ayam...


Toskan ayam

Perap dengan pes bakar selama 30 minit.

Masukkan ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit 200'c.

Ayam yang siap dibakar.

Taraaaaa....ayam yang siap dibakar....nampak menyelerakan kan....😋😋😋
Ayam bakar air fryer

Step seterusnya adalah penyediaan sup sebagai kuah...kalau rajin bolehlah masak gulai kari ataupun dalca...


Kuah sup
Untuk kuah sup, didihkan semula air rebusan ayam...tambah garam,serbuk lada sulah dan perasa secukupnya...


Step terakhir adalah penyediaan sos arab...sebelum ni saya dah share resepi salsa arab....tapi kali ni saya nak share penyediaan sos arab pulak...senang sangat...blend jer semua bahan...

Sos arab

Bahan-bahan membuat sos arab:
2 biji tomato
2 biji cili besar merah
1 tangkai daun ketumbar
4 batang cili padi merah-jika suka pedas
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
# Blender jer semua bahan-bahan di atas...blender kasar-kasar jer...

Taraaaa....sos arab yang sudah siap...
Sos arab yang siap dimakan bersama nasi arab...

Nasi arab yang siap dihidang...sedia untuk dimakan...nampak sangat sedapkan...😋😋😋

❤NOTA✔️ : KALAU TERINGIN NAK MENCUBA SET LENGKAP PES NASI ARAB AL HAURA BOLEHLAH KLIK PADA LINK TERTERA DI BLOG YER...TQ😊

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Jumaat, 24 Julai 2020

NASI ARAB AL HAURA MELETOPPPSS

Assalamualaikum dan selamat pagi...




Hari ni nak share resepi nasi arab menggunakan set pes nasi arab...senang yakmat...semudah ABC...ikut jer langkah-langkah yang disediakan...inshaAllah jadi...

Packaging pun cun...

Cara memasak nasi step by step juga disediakan di belakang pack...

3 in 1,beras,pes nasi & pes perapan ayam/daging....memang puas hati...😊
👆Inilah pes nasi arab al-Haura yang saya gunakan...3 in 1...siap dengan beras & pes sekali...mudah sangat-sangat...kalau berminat bolehlah order yer...
Boleh order secara offline/ online(shopee)
Boleh klik SINI untuk order di shopee...pasti puas hati...




AYAM BAKAR
Seekor ayam-potong 4

Rebus ayam lebih kurang 15 minit
Air rebusan digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup ayam.


                           Toskan ayam.


Perap ayam dengan pes bakar yang diberikan selama 30 minit.


Bakar/goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak.




NASI
3 1/2 cawan air rebusan ayam
3 sudu makan minyak masak
3 sudu kecil garam halus
Pes nasi arab
500 gm beras basmati

Cara memasak nasi:

Rendam dahulu beras selama 15 minit dan toskan.


Masukkan 3 1/2 cawan/700ml air rebusan air ayam ke dalam periuk. Kemudian,masukkan 3 sudu makan minyak,Pes nasi al Haura dan 3 sudu kecil garam halus.Kacau sebati.

Toskan beras dan masukkan beras ke dalam air Pes tadi.

Masak nasi seperti biasa.Bila dah masak,
      gaul rata nasi.

Letakkan pewarna kuning. Tutup dan biarkan sebentar.
Nak hidang baru gaul rata.

👇video cara memasak nasi arab boleh tengok video di bawah yer...😊





SALSA/ACAR ARAB
2 biji limau nipis-perah airnya
3 biji tomato-potong dadu
1 biji timun(buang biji)-potong dadu
Lada merah- potong dadu
1 biji bawang holland-potong dadu
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam halus
# gaul rata


Untuk kuah, boleh buat sup ayam ataupun kalau rajin masak kuah kari yer...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋


Sabtu, 9 Mei 2020

MENU 15 RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

MENU 15 RAMADHAN...NASI GORENG PRESSURE COOKER,AYAM BAKAR BLACKPEPPER MICROWAVE,BINGKA INTI DAGING OVEN...

PUDING KARAMEL PERIUK GRANITE...Snap asing sebab terlupa dok dalam peti ais...hehe


Menu berbuka 15 Ramadhan...yang lawaknya masa ambik gambar rasa macam kurang sesuatu...yelah rasanya masak byk jenis jugak....rupa-rupanya dah masuk isyak baru sedar ada simpan puding dalam peti...hehe...makanya lepas terawih baru boleh makan pudingnya...


 Apa yang bestnya menu hari ni semua pakai tools kitchen yang ada...nasi goreng pressure cooker,ayam bakar blackpepper microwave,bingka inti daging oven,puding karamel periuk granite...aduhai cukup mudah memasak dengan adanya benda-benda tu...perkakasan dapur yang mesti ada untuk setiap rumah...alah membeli menang memakai...


Alhamdulillah...😋😋😋


Khamis, 23 April 2020

NASI DAGING BAKAR ALA DANOK PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan salam Khamis...

NASI DAGING MARVELLOUS

Nasi daging...ala2 nasi butter...cuma tambah air rebusan daging...jadilah nasi daging...sedap dimakan bersama daging baakar...

NASI DAGING SIMPLE
5 cawan beras
5 1/2 cawan air rebusan daging
Rempah sekawan
2 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
2 sudu makan butter

Nasi daging super sedap...rasa sekali pasti nak lagi...

Cara memasak :
1. Panaskan minyak.Tumis rempah sekawan dan bawang hingga sedikit garing.
2. Masukkan beras dan gaul sebati.
3. Masukkan air rebusan daging dan masak nasi seperti biasa. Saya guna pressure cooker setting 'rice'.Lepas 10 minit siap...



Daging bakar & sos pencicah istimewa...


Untuk resepi daging bakar dan sos pencicah istimewa boleh klik resepi DAGING BAKAR AIR FRYER


Selain itu saya juga nak share resepi pencicah istimewa...sesuai dimakan bersama daging bakar,ikan bakar,ikan goreng mahupun ayam bakar.



SOS PENCICAH

Bahan-bahan:
1 biji limau nipis-ambil jusnya
4 sudu makan air
2 sudu kecil sos ikan
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula perang
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
Sedikit daun ketumbar-cincang

CARA MEMASAK:
1. Gaul sebati air limau,air,sos cili,sos tiram,sos ikan dan gula perang di dalam periuk.
2. Masak di atas api kecil hingga mendidih.
3. Masukkan pula bawang dan daun ketumbar.
4. Masak hingga sos agak pekat.
5. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

DAGING BAKAR ALA DANOK AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...

DAGING BAKAR AIR FRYER

SUHU : 180'C
MASA : 20 MINIT KEMUDIAN TERBALIKKAN TAMBAH LAGI 10 MINIT
Total masa : 30 minit


Hari ni saya nak up resepi menggunakan air fryer...yelah sekarang ni kan viral penggunaan air fryer untuk memasak...senang tak payah pakai gas...tak payah bakar pakai oven...masuk-masuk cukup time siap...

Saya nak share resepi daging bakar ala-ala danok...saya try buat 2 hari lepas...sedap rupanya...tapi daging tu saya rebus dulu...perap baru bakar...bukan pe takut liat...kalau liat memang spoiltlah masa makan kan...so, langkah lebih selamat saya rebus dulu dalam pressure cooker dulu,perap semalaman baru bakar...hasilnyer memang marvellous...sedap giler...


Bahan-bahan :
1 kg daging lembu-rebus dulu...kalau tak nak rebus terus perap pun xpe...tapi kalau liat tanggung sendirilah yer...


Bahan perapan:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan gula perang
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk halus
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu makan minyak

Daging yang telah diperap semalaman

# Lumur bahan perapan pada seluruh daging dan perap semalaman.


Alas dalaman air fryer dengan aluminium foil
Letakkan daging

Bakar dalam air fryer selama 20 minit

#Bakar dalam air fryer 20 minit.Pastu terbalikkan daging...bakar lagi 10 minit.

Setelah 20 minit,inilah hasilnya...terbalikkan daging dan bakar lagi 10 minit.

Selepas 30 minit....angkat dan sedia untuk dipotong.

# Angkat,potong dan sedia untuk dihidang dengan sos pencicah istimewa.



SOS PENCICAH ISTIMEWA

* 1sudu makan beras pulut-sangai
* 3 ulas bawang putih
*Akar daun ketumbar
* tumbuk lumat

1 biji limau nipis-perah dan ambil airnya
4 sudu makan air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar-hiris nipis
Daun ketumbar-cincang
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu makan gula perang

Cara memasak:
1. Masukkan air limau,air,sos ikan,sos tiram,sos cili dan gula perang ke dalam periuk.
2. Didihkan sos hingga sebati.
3. Masukkan bahan tumbuk dan gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula bawang besar dan daun ketumbar.
5. Masak sos hingga agak pekat.
6. Sedia untuk dihidang sebagai sos pencicah daging bakar.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋