Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Daging bakar. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Daging bakar. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Ahad, 5 Julai 2015

BINGKA BERINTI DAGING

 
 
 


BAHAN-BAHAN:

BINGKA
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
2 cawan santan
1 cawan air
2 biji telur

INTI DAGING
4 keping daging burger/ 2 dada ayam dicincang
1 biji kentang - kupas dan potong dadu
2 biji bawang merah- ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
1 sudu makan serbuk kari- bancuh dengan sedikit air
garam dan gula
sedikit minyak
 sedikit air

* Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis sebentar. Masukkan daging dan kentang. Masukkan sedikit air. Masak hingga empuk dan kering. Sejukkan.


CARANYA:
1. Gaul sebati semua bahan dan tapiskan. Tuang adunan ke dalam jug.
2. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
3. Masukkan inti daging. Hias dengan hirisan daun bawang, cili merah dan parutan keju cheddar.
4. Bakar 180'c selama 30 minit.
5. Biarkan sejuk dan boleh dihidang.

Jumaat, 24 Julai 2020

NASI ARAB AL HAURA MELETOPPPSS

Assalamualaikum dan selamat pagi...




Hari ni nak share resepi nasi arab menggunakan set pes nasi arab...senang yakmat...semudah ABC...ikut jer langkah-langkah yang disediakan...inshaAllah jadi...

Packaging pun cun...

Cara memasak nasi step by step juga disediakan di belakang pack...

3 in 1,beras,pes nasi & pes perapan ayam/daging....memang puas hati...😊
👆Inilah pes nasi arab al-Haura yang saya gunakan...3 in 1...siap dengan beras & pes sekali...mudah sangat-sangat...kalau berminat bolehlah order yer...
Boleh order secara offline/ online(shopee)
Boleh klik SINI untuk order di shopee...pasti puas hati...




AYAM BAKAR
Seekor ayam-potong 4

Rebus ayam lebih kurang 15 minit
Air rebusan digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup ayam.


                           Toskan ayam.


Perap ayam dengan pes bakar yang diberikan selama 30 minit.


Bakar/goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak.




NASI
3 1/2 cawan air rebusan ayam
3 sudu makan minyak masak
3 sudu kecil garam halus
Pes nasi arab
500 gm beras basmati

Cara memasak nasi:

Rendam dahulu beras selama 15 minit dan toskan.


Masukkan 3 1/2 cawan/700ml air rebusan air ayam ke dalam periuk. Kemudian,masukkan 3 sudu makan minyak,Pes nasi al Haura dan 3 sudu kecil garam halus.Kacau sebati.

Toskan beras dan masukkan beras ke dalam air Pes tadi.

Masak nasi seperti biasa.Bila dah masak,
      gaul rata nasi.

Letakkan pewarna kuning. Tutup dan biarkan sebentar.
Nak hidang baru gaul rata.

👇video cara memasak nasi arab boleh tengok video di bawah yer...😊





SALSA/ACAR ARAB
2 biji limau nipis-perah airnya
3 biji tomato-potong dadu
1 biji timun(buang biji)-potong dadu
Lada merah- potong dadu
1 biji bawang holland-potong dadu
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam halus
# gaul rata


Untuk kuah, boleh buat sup ayam ataupun kalau rajin masak kuah kari yer...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋


Sabtu, 18 Mei 2019

NASI KERABU

Assalamualaikum  & salam  Ramadhan ...

Nasi  kerabu


Nasi  kerabu ...ala2 kelantan  gitu ...tekak  ni  berahi  nasi  kerabu  colour  biru  jer .. Baru ade  kick  orang  kata ...Sedap  dimakan  dengan  kuah tumis,sambal cili, sambal ikan,ulam-ulaman,telur masin,ikan celup tepung,ayam berempah, solok  lada atau  daging  bakar .

Lauk pauk nasi  kerabu

Untuk  nasi  kerabu  versi  kali  ni  saya  akan  share kan resepi nasi  biru, ayam  goreng  berempah,ikan celup  tepung ,sambal ikan,sambal cili & kuah  tumis.

9 item  nasi  kerabu

Nasi  kerabu  ini  menampilkan  beberapa  lauk  pauk  termasuk  ulam-ulaman.

1. Nasi  biru
2. Ayam  goreng  berempah
3. Ikan  celup  tepung
4. Kuah  tumis
5. Sambal  cili
6. Sambal  ikan
7.Ulam  ulaman (kubis,bunga kantan,kacang panjang,taugeh,timun)
8. Telur  masin
9. Keropok  goreng

Ulam-ulaman

Tu  dia ...9 item  kena  prepare ...Nampak renyah  kan ...Tapi ...Masak  sendiri  memang  puas hati ...puas  hati bila  menikmati  nasi  kerabu  air  tangan  sendiri ...Tengok suami & anak-anak  makan  dengan  penuh  berselera,rasa bersyukur  sangat ...
Untuk  resepi  solok  lada  saya bagi  lain  kalilah  ye ...Sbb  kali  ni  tak  buat  pun ...Tak jumpe  lada  hijau  besar  tu  kat  sini ....

Jom  kita  tengok  resepinya  satu  persatu ...Resepi  ni adalah  nasi kerabu  ala  Johorean  ye ...sbb  yang  memasaknya  orang Johor ...Kenalah  dengan  tekak orang  Johor ...Jangan  mare ye ...



Nasi  biru
NASI  BIRU
3 mangkuk  kecil  beras
3 1/2 cawan  air
Sedikit  garam
Sedikit  pewarna  biru
2 helai  daun pandan - simpul
1 batang  serai  -diketuk
# Masak  nasi  dalam  rice  cooker .



Ayam  goreng  berempah

AYAM  GORENG  BEREMPAH
Untuk  resepi  lengkap  boleh  klik SINI




Ikan  celup  tepung

IKAN  CELUP TEPUNG
5 ekor  ikan  kembung

Bahan  bancuhan  tepung
1 cawan  tepung  gandum
2 sudu  makan  marjerin
2 sudu  makan  tepung  beras
1 sudu  kecil  serbuk  kunyit
1 sudu  kecil garam
225ml air/ secukupnya

# Bancuh  campuran  tepung  hingga  semua  sebati .Jangan  cair  sangat,jangan pekat  sangat .
# Celup  ikan  di  dalam  bancuhan tepung  tadi  & goreng  dalam  minyak  yang  banyak  hingga  garing .




Kuah  tumis
KUAH  TUMIS

Bahan  kisar
10 tangkai  cili  kering
1 biji  bawang  besar
3 ulas  bawang  merah
8 ulas  bawang  putih
1/2 inci  halia

3 batang  serai -ketuk
2 asam  keping
1 ketul  gula  kabung
1 sudu  kecil  garam  halus
2 sudu makan  budu
1 1/2 cawan  air
200ml santan  pekat
Minyak  secukupnya untuk  menumis


CARA-CARANYA :
# Panaskan  minyak .Tumis  bahan  kisar  & serai  hingga pecah  minyak  dengan api  perlahan .
# Masukkan  air  & santan .Biarkan  mendidih  & kacau  selalu  supaya santan  tak  pecah  & berketul .
# Masukkan  pula gula  kabung,garam,budu,asam keping. Didihkan  hingga  kuah  agak  pekat .
# Sedia  untuk  dihidang .




Sambal  cili

SAMBAL  CILI
20 biji  cili padi
1 sudu  kecil  cuka
Sedikit  air  asam  jawa
4 sudu  kecil  gula
2 sudu  kecil  garam
Sedikit  belacan  - tak  nak  bubuh  pun takpe .

# Blender  semua  bahan .Sedia  untuk  dihidang.





Sambal  ikan

SAMBAL  IKAN

2 ikan selayang - rebus  & ambil  isi
1 biji  kelapa  parut -isi  putih
2 batang  serai
3 biji  bawang  merah
1 sudu  kecil  garam  halus
1 sudu makan  gula

# Tumbuk  semua  bahan .Gaul  sebati  & sangai  hingga  garing.


SELAMAT  MENCUBA !!!😋

Sabtu, 9 Mei 2020

MENU 15 RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

MENU 15 RAMADHAN...NASI GORENG PRESSURE COOKER,AYAM BAKAR BLACKPEPPER MICROWAVE,BINGKA INTI DAGING OVEN...

PUDING KARAMEL PERIUK GRANITE...Snap asing sebab terlupa dok dalam peti ais...hehe


Menu berbuka 15 Ramadhan...yang lawaknya masa ambik gambar rasa macam kurang sesuatu...yelah rasanya masak byk jenis jugak....rupa-rupanya dah masuk isyak baru sedar ada simpan puding dalam peti...hehe...makanya lepas terawih baru boleh makan pudingnya...


 Apa yang bestnya menu hari ni semua pakai tools kitchen yang ada...nasi goreng pressure cooker,ayam bakar blackpepper microwave,bingka inti daging oven,puding karamel periuk granite...aduhai cukup mudah memasak dengan adanya benda-benda tu...perkakasan dapur yang mesti ada untuk setiap rumah...alah membeli menang memakai...


Alhamdulillah...😋😋😋


Ahad, 11 Ogos 2019

BROWNIES AIDILADHA

Assalamualaikum & salam aidiladha ....

Brownies sedap lemak berkrim


Brownies & puding santapan aidiladha


Kuih santapan aidiladha ....Brownies & kek puding pavlova ....nama pun raya haji kan...bukan nak makan kuih sangat pun .....nak makan daging korban jer... 2 jenis kuih pun dah cukup....


Untuk kek puding pavlova, saya dah tunjukkan resepinya step by step ..kali ni saya nak tunjuk resepi brownies ...Brownies  ni memang sedap... Sebelum ni kalau makan brownies akan terasa kepahitan coklatnya untuk kali ni terasa lemak berkrim coklatnya sebab saya guna milk compound jenama beryl's yer ...


Resepi  brownies kali ini saya campurkan  milk compound dan dark compound untuk rasa yang lebih lemak berkrim..dark compound juga perlu dicampurkan untuk mendapatkan hasil  brownies coklat kehitaman ...hitam itu kan  menawan....


Kek setelah dibakar


Step  1 : Cairkan  150gm  dark compound dan  150gm milk  compound dengan 250gm buttercup. Guna kaedah double boile . Biarkan  suam .

Step  2 : Mix sebati  4 biji  telur,1 cawan  gula perang  & 1 sudu kecil  esen vanilla.

Step  3 : Campurkan  coklat yang telah cair tadi  ke  dalam  adunan telur.  Mix sebati guna  whisk  jer.

Step  4 : Masukkan  1 3/4 cawan tepung blue key  & 3 sudu makan  serbuk  koko sedikit demi sedikit  & gaul sebati.

Step  5 : Panaskan oven  170'c selama 5 minit . Alaskan loyang 10 inci  dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam  loyang & ratakan.

Step  6 : Bakar  pada  suhu  160'c selama 15 minit  dan 150'c selama 30 minit.  Bila dah masak jangan keluarkan kek dahulu ..  renggangkan pintu oven selama 10 minit.

Step 7 : Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Hias ikut kreativiti masing-masing.

Step 8 : Topping  badam keping (Bakar 10 minit badam keping pada suhu 100'c)

Coklat cair
Cairkan milk compound  dengan  sedikit minyak dengan  kaedah double boile. Masukkan dalam  piping bag  dan hias ikut kreativiti sendiri .


SELAMAT  MENCUBA !!!😋

Sabtu, 29 Februari 2020

KACANG POOL

Assalamualaikum dan selamat malam...

KACANG POOL


Menu ni kalau kat Johor memang tak asing lagi...orang Johor memang tahu apa tu menu kacang pool...Sangat famous kat Johor...kat tempat lain memang susah nak jumpa...kalau dah asal orang Johor kan memang tak akan lupa menu-menu Johor walaupun duduk di negeri orang...tempat jatuh lagikan dikenang...

Ok...jom intai-intai resepi kacang pool...senang jer...tak susah mana pun nak menyediakannya...Sesuai untuk hidangan sarapan pagi, minum petang mahupun santapan waktu makan malam...


BAHAN-BAHAN:

Roti keping- Bakar sebentar

1 tin kacang pool- toskan kemudian lenyek-lenyekkan
1 tin kacang panggang
200gm daging lembu kisar

*10 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
*1 1/2 sudu makan rempah kari
*1 sudu besar serbuk ketumbar
*kisar hingga menjadi pes

2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak sapi (guna minyak masak biasa pun tak apa)


CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan pula daging kisar. Gaul sebati dan masak sebentar.
3. Kemudian, masukkan kacang pool dan kacang panggang. Kacau sebati.
4. Masukkan pula air, garam dan gula secukupnya.
5. Didihkan hingga kuah agak pekat.
6. Sedia untuk dihidang.


CARA MENGHIDANG
1. Masukkan kuah kacang pool ke dalam mangkuk.
2. Letak telur goreng mata di atasnya.(stok telur takde saya tak bubuh)
3. Hias di atasnya dengan hirisan lada hijau dan hirisan bawang besar. (saya tak letak pun)
4. Sedia dimakan bersama dengan kepingan roti putih/ roti benggali.


SELAMAT MENCUBA !!!😋😋


Khamis, 11 Februari 2016

SATE AYAM TERLAJAK LARIS

Assalamualaikum dan selamat petang...


Resepi sate ni dah lama tersimpan dalam buku 'secret resepi' saya dan baru hari ni berkesempatan meng'update' di dalam blog. Hujung tahun lepas saya bereksperimentasi dengan beberapa resepi sate ayam. Pelbagai resepi sate telah saya cuba dan tentulah hasilnya ada yang sedap dan ada yang tak menepati citarasa. Alhamdulillah usaha ini membuahkan hasil apabila sukatan dan resepi sebenar sate yang betul- betul sedap dapat diperolehi...yang penting semua orang suka terutamanya anak-anak...walaupun anak yang paling kecil tak berapa minat makan sate tetapi dengan resepi ni bercucuk- cucuk sate dia makan. Sedaplah tu..kan...kan..

Dengan resepi ini juga ada yang telah menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan sambutan amat menggalakkan...alhamdulillah...prinsip saya ilmu perlu dikongsi...jadi...tiada istilah lokek ilmu...terpulang pada setiap individu...dan saya dapat resepi ini dari pelbagai sumber melalui pembacaan buku & sumber internet...tak salah kalau kita share...betul tak? Cuma bila dah buat jadi dan sedap janganlah pulak dengan bangganya mengaku resepi sendiri ye...tak baik tu...




Saya suka dengan resepi sate ini kerana menggunakan hanya beberapa bahan dan tak perlu rempah yang banyak. Kanak- kanak juga sukakanya kerana rasanya yang sedikit manis. Tak rugi mencuba kan...rasa sekali pasti nak lagi....hihi...


BAHAN-BAHAN SATE:



lidi sate
600gm  daging ayam - potong kecil
1 cawan gula
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan kacang tanah - sangai & tumbuk halus
1 sudu makan garam halus
2 batang serai - kisar halus
* sangai - goreng tanpa minyak





Sate yang siap dicucuk

* Gaul ayam bersama semua bahan. Perap 2 jam @ lebih. Semalaman lagi sedap( saya buat malam, keesokan paginya  boleh cucuk dan bakar).



Ok sekarang resepi kuah kacangnya pulak...memang sedaplah...





KUAH SATE :
600 gm kacang tanah - sangai dan buang kulit
( 1/2 tumbuk kasar & 1/2 kisar halus)

20 batang cili kering
5 biji bawang kecil
3 ulas bwg putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut
4 biji buah keras
* kisar semua bahan

1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula
Sedikit air asam jawa
1 batang serai - dititik
5 cawan air
Garam secukup rasa



CARANYA:


1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai hingga terbit minyak.




2. Masukkan gula & air asam jawa. Gaul sebati.




3. Masukkan pula 5 cawan air.




4. Masukkan pula kacang tanah yang telah ditumbuk halus & kasar.



5. Masukkan garam secukupnya,gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.


Sate sedap dimakan bersama kuah kacang, nasi impit, hirisan timun dan bawang besar.

SELAMAT MENCUBA!!!