Jumaat, 19 Ogos 2016

BIHUN GORENG MARVELLOUS

Assalamualaikum dan selamat pagi...







Jom masak bihun goreng....Sesuai untuk santapan sarapan pagi dan makan malam...




BAHAN-BAHAN:

1 bungkus bihun (350-450gm)-(rendam hingga lembut)-saya selalu guna jenama FAIZA & JASMINE
1 hingga 1/2 cawan cili kisar- tak suka pedas boleh kurangkan
*6 biji bawang kecil/ 2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1 ketul dada ayam - potong nipis
10 ekor udang -saya kupas kulit senang nak makan nanti
10 biji fishball - potong nipis
3 keping fishcake- potong nipis
1 pokok sawi - potong
2 sudu kecil garam halus
1 senduk kicap manis
2 sudu makan gula
sedikit serbuk perasa
*kisar dengan sedikit air
1/2 cawan minyak


CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap,gula, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sebentar.
5. Masukkan pula udang,fishball dan fishcake.Biarkan sebentar.
6. Masukkan sawi dan biar masak sebentar.
7. Akhir sekali, masukkan bihun dan gaul rata. Masak hingga bihun benar-benar sebati dan lembut.


SELAMAT MENCUBA!!!




NASI LEMAK SAMBAL SOTONG SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam Jumaat...






Hari ni saya nak share resepi nasi lemak sambal sotong untuk  santapan breakfast hari ni....Resepi yang sangat simple tapi memang sedap....

Untuk resepi nasi lemak boleh lihat di SINI....cuma kat sini saya nak share resepi sambal sotongnya je...
Petua nak menghasilkan sambal tumis yang sedap mestilah tumis dengan minyak yang banyak, dengan api yang kecil hingga cili kisar betul-betul masak barulah sambal yang terhasil tahan lama dan sedap...

Bagi saya, sambal tumis yang sedap ialah yang pedas & manis. Tapi terpulanglah pada citarasa individu ye...

Jom intai resepinya :



BAHAN-BAHAN:

200gm cili kisar/ 2 cawan
*3 biji buah keras
*10 ulas bawang merah(bawang ros)
*6 ulas bawang putih
8 sudu makan gula/4 senduk kayu(leper)
2 sudu kecil(kfc) garam halus
2 bji bawang besar -hiris halus
1 sudu makan knorr pasti sedap
sedikit ajinomoto
2 biji kentang - potong kecil
6 ekor sotong -sederhana besar(potong bulat)
* blender dengan sedikit air
1 cawan minyak masak



CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis separuh bawang besar yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah diblender. Masak sebentar.
3. Masukkan pula cili kisar dan kentang. Masak dengan api kecil hingga pecah minyak.
4. Masukkan semua bahan perasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah dipotong dan separuh lagi bawang besar. Masak hingga sotong benar-benar masak. Jangan masak sotong lama sangat nanti liat.
6. Hidangkan bersama nasi lemak,telur mata  dan hirisan timun.
Fuhh!!! Yummy!!!


SELAMAT MENCUBA!!!


Jumaat, 15 Julai 2016

SALE SEMPENA AIDILFIRTI

SEMPENA HARI RAYA AIDILFIRTI, FIEZA DELIGHTS menawarkan potongan harga sebanyak 50% untuk produknya RM30 dan ke atas....


TEMPAHAN dibuka mulai hari ni untuk pelanggan sekitar BALING & sekitar SUNGAI PETANI sahaja....


Sebarang tempahan boleh wassup/ sms 013-5148444


Promosi selama sebulan  sahaja dan berakhir 6 OGOS 2016...


CEPAT! CEPAT ! CEPAT!

Selasa, 5 Julai 2016

KEK LAPIS STRAWBERRY COKLAT RICE

Assalamualaikum dan salam Ramadhan....







Asyik kek lapis je....yelah resepi ni lama dah terperap dalam buku resepi kesayangan cuma nak berkesempatan nak share...tapi sebab mood terajin tu dah datang share teruslah ye....bukan apa...kot2 ada yang teringin nak buat sendiri kan... Sebenarnya resepi ni saya gunakan untuk tempahan kek lapis saya...resepi asal kek lapis biasanya menggunakan jumlah telur, gula & susu pekat yang banyak tapi...orang kata boleh potong kaki....jadi,untuk resepi ni saya ubahsuai sukatannya supaya tidaklah terlalu manis dan melekat pada anak tekak...










BAHAN-BAHAN :
450gm butter/12 sudu makan
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovalette
6 biji telur gred A
1 cawan serbuk biskut marie-saya kisar 20 keeping biskut marie saiz besar dan tapis
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
200gm strawberry filling/jem strawberry
coklat rice secukupnya
sedikit pewarna merah jambu


CARANYA :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang,
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hinga sebati.
3. Masukkan pula ovalette dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung gandum dan serbuk biskut marie sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.


Satu adunan biarkan plain

                                         
                                         
Satu adunan lagi tambah strawberry filling & sedikit pewarna pink
Gaul rata jem dan pewarna merah jambu



6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan merah jambu dan dimasukkan strawberry filling. Gaul rata.
7. Tuangkan 2 senduk nasi/6 sudu makan adunan plain dan bakar 200'c api atas bawah selama 8 minit.



8. Lapiskan pula dengan adunan strawberry dan taburkan rata coklat rice. Bakar lagi adunan selama 8 minit api atas sahaja. Langkah ini diulang hingga adunan habis. Lapisan terakhir bakar pada 140'c selama 20 minit lagi. 5 minit lagi api atas bawah.






Setiap kali lapisan kek siap dibakar kek perlu ditekan supaya tiada lapisan udara dan permukaan kek rata. 





Kek setelah diterbalikkn


9. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.


Balut kek dengan plastik supaya kek sentiasa moist.... 


SELAMAT MENCUBA!!!

KEK BROWNIES NUTELLA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...



Ramadhan telah sampai ke penghujungnya... dan Syawal akan menjelma esok atau lusa... Bagaimana dengan persiapan raya ye... Dah beres ke belum?... Jadi untuk menambah koleksi hidangan raya tahun ni saya akan postkan resepi kek brownies nutella yang sangatlah mudah disediakan... Sedap pulak tu...




BAHAN-BAHAN :
310 gm coklat masakan
250 gm butter/marjerin
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
3 sudu makan serbuk koko
badam keping secukupnya
nutella





CARANYA :
1. Cairkan coklat masakan dan butter menggunakan double boiler. Biarkan sejuk sebentar.
2. Di dalam bekas lain pukul gula, telur dan esen vanilla hingga sebati. Guna senduk kayu/ whisk je.
3. Masukkan coklat masakan yang telah cair ke dalam adunan telur. Gaul sebati.
4. Masukkan pula tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5. Alas loyang 10x10 inci dengan baking paper dan biarkan lebih sedikit dari loyang untuk memudahkan kek  dikeluarkan.
6. Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan ratakan. Taburkan badam keping.
7. Bakar adunan pada suhu 160'c selama 15 minit kemudian turunkan suhu 150'c dan bakar lagi selama 30 minit.
8. Bila kek dah masak, regangkan sedikit pintu oven dan biarkan kek di dalam oven selama 10 minit. Ini untuk memberikan kesan kedutan pada kek.
9. Biarkan kek sejuk. Potong kek menggunakan pisau.Masukkan nutella ke dalam piping beg dan hias kek brownies ikut citarasa sendiri ye.

Senang je kan....SELAMAT MENCUBA!!!

Sabtu, 2 Julai 2016

KEK LAPIS ASAM MANIS seindah takdir cinta....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan....






Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita... Maka syawal akan menjelma... Dah puas buat biskut raya kan untuk persiapan hari raya... apa kata hari raya tahun ni kita hidangkan dengan kek lapis asam manis yang memang sedap... Tetamu pasti akan terpesona dengan lapisan kek yang  berwarna warni dan sedap ni.. Macam kek sarawak je... Lebih kuranglah cuma bahan-bahannya telah diubahsuai mengikut tekak sendiri... Kalau berasa rajin nak buat bolehlah cuba ye... Berjam-jam jugaklah dok depan oven tu...





BAHAN-BAHAN :
450 gm butter- lebih kurang 12 sudu makan
1 cawan gula kastor
6 biji telur gred-A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
20 keping biskut marie - kisar & ayak - sukat 1 cawan
3 pewarna -hijau, kuning & purple
Hawflakes(kepingan asam) secukupnya



Caranya :
1.  Putar gula, esen vanilla, ovalette & butter hingga kembang.
2.  Masukkan pula telur satu persatu sambil adunan diputar hingga habis.
3.  Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga kembang.
4.  Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan biskut marie yang telah dikisar dan tapis tadi.
6.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan hijau, kuning & hijau.
7.  Panaskan oven 200'c api atas bawah selama 5 minit.
8.  Sapukan loyang 8x8 inci dengan sedikit butter.
9.  Tuangkan 2 senduk nasi adunan kuning dan ratakan.  Bakar selama 8 minit.
10.  Selepas 8 minit, keluarkan dari oven dan tekan sedikit kek supaya rata.
Tuang adunan kuning lagi.  Untuk lapisan kedua susun kepingan asam di atas adunan dan bakar lagi 8 minit 200'c api atas sahaja.

Cara menyusun kepingan asam

11.  Langkah 9 diulang dan pastikan bakar guna api atas sahaja.  Saya buat 3 lapis kuning, 3 lapis hijau & 3 lapis purple. Kalau nak buat selang seli colour pun boleh. Lapis ke-2, ke-4, ke-6 dan ke-8 letak asam keping ye.
12.  Untuk lapisan terakhir (lapisan ke-9)bakar selama 20 minit pada suhu 130'c dan 5 minit terakhir api atas bawah.
13.  Sejukkan dan bolehlah dipotong.
14.  Kek perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Balut kek dengan plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk



SELAMAT MENCUBA!!!



Jumaat, 24 Jun 2016

PUDING TIGA LAPIS lambaian ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...



Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, maka saya postkan resepi puding 3 lapis untuk santapan berbuka puasa... Sesuai juga sebagai dessert untuk hari raya nanti... Senang je nak membuatnya... Nak buat berapa banyak warna ikut sukalah ye... Saya cuma boh 3 colour je...





BAHAN-BAHAN :
10 gm serbuk agar-agar
1cawan gula
6 cawan air
400ml santan
1 sudu teh coklat emulco
3 warna disukai-oren, pink, coklat


Caranya:
1.  Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2.  Masukkan santan dan kacau rata.  Biarkan sebentar hingga santan masak. Tutup api.
3.  Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan oren & pink.  Satu bahagian lagi tambahkan coklat emulco dan sedikit pewarna coklat.
4.  Basahkan acuan dengan sedikit air.  Tuangkan adunan pink. Biarkan keras sedikit.
5.  Tuang pula adunan oren dan biarkan keras sedikit.
6.  Akhir sekali tuang pula adunan coklat dan biarkan beku sepenuhnya.
7.  Simpan di dalam peti sejuk.
8.  Apabila benar-benar keras barulah dipotong dan hidangkan.
* untuk mendapat potongan yang licin guna pisau plastik ye.

SELAMAT MENCUBA!!!