Ahad, 2 Ogos 2020

RESEPI SOTO STEP BY STEP SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum dan salam aidiladha...

SOTO SUPER SEDAP DAN MUDAH MAK SITI

Update terkini blog masakan saya selepas ini akan menggunakan rempah/pes instant yang sangat sedap dan mudah disediakan...Sesuai untuk memudahkan kerja-kerja memasak surirumah dan ibu-ibu yang bekerjaya seperti saya...bekerja bukan alasan untuk tidak memasak yer...hihi...

Untuk hari ini saya nak share resepi soto Johor menggunakan rempah mak siti...kalau kat Johor rempah mak siti ni memng sangat famous...produk keluaran muslim...menggunakan rempah soto mak siti ni sangat mudah menyiapkan soto ayam...sesuai dihidangkan sebagai santapan untuk juadah raya dan santapan tetamu yang datang ke rumah...

Resepi kali ni mengunakan sup bunjut sup soto dan rempah serbuk soto jenama mak siti...

Sup bunjut soto dan serbuk soto mak siti yang digunakan.
Belakang pack ada disediakan resepi lengkap soto...ikut step by step inshaAllah jadi...


Rebus nasi impit hingga masak dan sejukkan.

Rebus isi ayam bersama tulang lebih kurang 30 minit. Angkat ayam dan toskan.

Ayam yang telah direbus dan toskan.

Asingkan isi ayam dengan tulang. Isi ayam disiat-siat.Tulang ayam nanti boleh digunakan untuk memasak kuah soto.

3 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih dan 1 inci halia ditumbuk lumat.


Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumisan mak rempah mak siti(dalam bungkusan sup bunjut soto) dan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.

Masukkan air rebusan ayam dan sup bunjut.

Kemudian, masukkan pula tulang-tulang ayam yang telah disiat isinya.


Masukkan sepeket serbuk rempah soto mak siti.


Kacau kuah sebati.


Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih lebih kurang 15 minit lagi.


Sementara menunggu kuah soto masak, kita buatlah sambal kicap power yer...3 bahan jer digunakan...20biji cili padi,3 ulas bawang putih dan kicap manis secukupnya...kalau nak sedap gunalah kicap manis kipas udang yer...kalau guna kicap jenama lain lari rasanya nanti...kurang kick orang kate...

Tumbuk lumat cilipadi dan bawang putih hingga lumat. Tambah kicap secukupnya.Masukkan gula secukupnya. Gaul sebati dan sedia dihidang bersama soto.


Tambahkan hirisan daun sup dan daun bawang ke dalam kuah soto tadi. Biarkan mendidih lagi.

Tambah garam,serbuk lada sulah secukup rasa. Sedia untuk dihidang.

Bahan aksesori soto...isi ayam,telur rebus,taugeh,nasi impit,tauhu goreng dan hirisan daun sup & bawang.

Sambal kicap power sedia dimakan bersama soto...


Taraaaaa.....soto yang siap dihidang dan sedia untuk dimakan....
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rempah bunjut/serbuk soto mak siti boleh klik no wassap yang tertera dalam blog yer...😊

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Jumaat, 24 Julai 2020

NASI ARAB AL HAURA MELETOPPPSS

Assalamualaikum dan selamat pagi...




Hari ni nak share resepi nasi arab menggunakan set pes nasi arab...senang yakmat...semudah ABC...ikut jer langkah-langkah yang disediakan...inshaAllah jadi...

Packaging pun cun...

Cara memasak nasi step by step juga disediakan di belakang pack...

3 in 1,beras,pes nasi & pes perapan ayam/daging....memang puas hati...😊
👆Inilah pes nasi arab al-Haura yang saya gunakan...3 in 1...siap dengan beras & pes sekali...mudah sangat-sangat...kalau berminat bolehlah order yer...
Boleh order secara offline/ online(shopee)
Boleh klik SINI untuk order di shopee...pasti puas hati...




AYAM BAKAR
Seekor ayam-potong 4

Rebus ayam lebih kurang 15 minit
Air rebusan digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup ayam.


                           Toskan ayam.


Perap ayam dengan pes bakar yang diberikan selama 30 minit.


Bakar/goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak.




NASI
3 1/2 cawan air rebusan ayam
3 sudu makan minyak masak
3 sudu kecil garam halus
Pes nasi arab
500 gm beras basmati

Cara memasak nasi:

Rendam dahulu beras selama 15 minit dan toskan.


Masukkan 3 1/2 cawan/700ml air rebusan air ayam ke dalam periuk. Kemudian,masukkan 3 sudu makan minyak,Pes nasi al Haura dan 3 sudu kecil garam halus.Kacau sebati.

Toskan beras dan masukkan beras ke dalam air Pes tadi.

Masak nasi seperti biasa.Bila dah masak,
      gaul rata nasi.

Letakkan pewarna kuning. Tutup dan biarkan sebentar.
Nak hidang baru gaul rata.

👇video cara memasak nasi arab boleh tengok video di bawah yer...😊





SALSA/ACAR ARAB
2 biji limau nipis-perah airnya
3 biji tomato-potong dadu
1 biji timun(buang biji)-potong dadu
Lada merah- potong dadu
1 biji bawang holland-potong dadu
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam halus
# gaul rata


Untuk kuah, boleh buat sup ayam ataupun kalau rajin masak kuah kari yer...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋


Khamis, 25 Jun 2020

CEMPEDAK GORENG RANGUP

Assalamualaikum dan selamat malam...

CEMPEDAK GORENG RANGUP


Cempedak goreng diganding dengan kopi panas...makan pulak time hujan lebat...alahai nikmatnya...

Musim durian sekarang ni...meriah sungguh...awal-awal musim hari tu sekilo harganya hampir RM35 sekilo tapi sekarang dah jadi lambakan harga pun dah murah sekilo tak sampai RM10...puas makan...selalunya kalau musim durian...samalah musimnya cempedak....bila cerita bab cempedak ni...hmmm memang sedap digoreng...makan time panas-panas...aduhai nikmatnya...kalau kat rumah ni kalau kata cempedak goreng...berebut-rebut...laku keras...kejap jer licin...


Untuk menghasilkan cempedak goreng yang rangup, bancuhan tepung mesti betul....sebelum ini saya pernah kongsikan bancuhan tepung goreng yang rangup dengan mencampurkan sedikit air kapur.... boleh klik SINI dan resepi bancuhan tepung goreng cempedak sebelum ni boleh klik SINI tapi untuk kali ini saya lebih suka menggunakan campuran tepung gandum dan tepung beras...dicampur pula dengan minyak masak panas...hasilnya memang tidak mengecewakan...


Bahan-bahan:
1 biji cempedak-ambil isinya
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan air
3 sudu makan minyak masak

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak.
2. Sementara itu, bancuh tepung.
3. Celup atau golek-golekkan cempedak ke dalam bancuhan tepung.
4. Goreng di dalam minyak yang telah betul-betul panas.
5. Goreng hingga masak.
6. Angkat,toskan dan hidangkan.
7. Sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Jumaat, 12 Jun 2020

TEMPE HOMEMADE

Assalamualaikum dan selamat malam...

TEMPE HOMEMADE

Puas hati dapat buat sendiri

Hasilnya sangat puas hati

Tempe yang telah dihiris
Hikmah pkp...banyak masa dihabiskan di rumah...antara aktiviti yang cuba dibuat adalah tempe homemade...dari buat suka-suka dah boleh berjual dah...alhamdulillah...

Tempe yang siap

Nampak gebu je kan


Bila dapat buat sendiri ni banyaklah permintaan pulak...yelah terjamin kebersihan dan kehalalannya...

Dijamin kebersihan dan halal

Ok...kat sini saya nak kongsikan cara membuat tempe step by step...kot ada yang nak buat sendiri kan...

Step 1: Basuh kacang soya hingga bersih dan toskan.

Step 2: Rendam kacang soya selama 2-4 jam.

Step 3 : Basuh kacang hingga bersih dan rebus 30 minit. Biarkan semalaman.

Step 4 : Cuci & ramas-ramas kacang supaya kacang pecah 2 dan tertanggal kulitnya.Buang semua kulit kacang hingga habis.

Step 5: Cuci kacang dan rebus 15 minit hingga mendidih.

Step 6: Toskan dan keringkan.Biarkan kacang betul-betul kering.Boleh jemur bawah terik matahari, anginkan ataupun masak atas api hingga kering.

Step 7: Bubuh 1 sudu makan ragi tempe untuk 1 kilo kacang soya. Gaul rata.

Timbang kacang soya yang telah digaul dengan ragi untuk mendapatkan berat yang sama...

Step 8 : Masukkan ke dalam plastik, seal dan cucuk- cucuk lubang kecil keliling permukaan plastik dengan pencungkil gigi.
Cucuk depan dan belakang plastik.

Simpan di tempat yang kering

Tempe yang dah jadi...

Step 9 : Simpan di tempat yang kering selama 2 hari. Kadang sehari pun dah jadi...


SELAMAT MENCUBA!!!