Jumaat, 3 Jun 2016

SEMPERIT NUTELLA

Assalamualaikum dan selamat malam...




Ramadhan semakin hampir... Maka kerinduan semakin terasa dengan arwah mak...  yelah.... Tahun lepas terasa sangat bila mak meninggal disaat bulan ramadhan hampir tiba... Sekejap je masa berlalu... Hampir setahun mak meninggalkan kami... Dan hampir setahun jugalah abah tinggal keseorangan... Kesian abah...

Ok ter 'emo' lah pulak.... Yelah biasa bila buat biskut raya mesti buat lebih sebalang khas untuk mak... Dan arwah mak pasti akan rasa setiap satu jenis biskut... Mestilah mak akan kata sedap... Hihi... nak jaga hati anak kan...rindu sangat saat2 itu... Namun kini hanya tinggal kenangan... Moga mak tenang di sana... Al-fatihah...

Sebenarnya nak berkongsi resepi semperit Nutella... Semperit je pun... Nama tak sedap langsung kan... Kenapalah namanya semperit kan... Tak padan langsung dengan rupa... Comel bebenor... Orang kata ' Don't judge a book by its cover'.... Tapi sesetengah orang panggil semperit ni biskut dahlia.... Biarlah nama apa pun kan yang penting sedap...


BAHAN-BAHAN :

1/2 cawan butter
5 sudu makan susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 sudu makan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
2 sudu makan nutella
1 sudu makan serbuk koko

CARANYA :
1.  Kacau sebati butter, susu pekat & esen vanilla.  Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan tepung kastard & 1 cawan tepung jagung dan gaul sebati.
3.  Masukkan pula 1 cawan lagi tepung jagung dan uli hingga jadi doh.
4.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian.
5.  Satu bahagian tambah dengan 2 sudu makan nutella & 1 sudu makan serbuk koko. Adunan akan jadi sedikit lembik jadi tambahkan 1 sudu makan tepung jagung lagi.
6.  Satu bahagian lagi biarkan warna asal atau boleh bubuh colour yang disukai.
7.  Ambil sedikit doh asal dan cantumkan dengan doh nutella.
8.  Masukkan dalam acuan semperit yang disukai. Kalau guna acuan pecah 11 atau pecah 16 bunga yang terhasil lebih comel.
9.  Tekan di atas loyang pembakar yang telah disapu dengan butter/ dialas baking paper. Tujuannya untuk elak biskut lekat kat loyang tu.
10.  Hiaskan di atasnya dengan chocolate chips/ ceri/ manik.
11.  Panaskan oven 170'c lebih kurang 5 minit.
12.  Bakar biskut pada suhu 160'c selama 20-25 minit.
13.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: