Maggi goreng ....perencah sendiri ..santapan pagi tadi ...tapi petang baru sempat meng'update'... Campak2....pung pang...pung pang....siap ...
Bahan-bahan:
3 keping maggi segera -celur bagi lembut & toskan ...
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 biji telur
5 ekor udang
Sedikit isi ayam
10 biji fishballs-potong 2
Taugeh
Sawi
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil garam halus
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga agak garing.
Masukkan 2 sudu makan cili kisar & tumis sebentar .
Gaul sebati & masak hingga cili benar-benar masak.
Masukkan isi ayam & masak lebih kurang 10 minit .
Masukkan pula udang. Gaul sebati .
Kemudian ,masukkan pula fishballs. Masak sebentar .
Masukkan taugeh & sawi. Gaul rata .
Masak sebentar.
Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram.
Masukkan 2 sudu makan kicap manis & gaul rata .
Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali & biar sebentar .
Gaul telur sebati .
Masukkan maggi yang telah dicelur tadi .
Gaul rata & sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA !!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan