Isnin, 1 Julai 2019

LONTONG GORENG

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lontong goreng

Lontong goreng...bahan asasnya adalah  nasi impit ...Famous kalau di Johor....nasi impit selain dibuat lontong,soto & lontong kering,makan dengan kuah kacang, sedap juga dibuat lontong goreng... Jadi,lepas ni kalau ade  lebihan nasi  impit jangan  dibuang  cuba  buat  lontong goreng... Memang  sedap....


Bahan-bahan:
10 biji  nasi  impit -potong 4
4 sudu makan  cili  kisar
3 biji  telur
2 biji  bawang besar
6 ulas  bawang putih
2 sudu  makan  udang  kering
4 sudu makan gula
1 sudu  makan  garam
2 sudu  makan  sos  tiram
Minyak masak secukupnya
* kisar  bawang besar, bawang putih & udang kering.


Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis  bahan  kisar hingga naik  bau.
2. Masukkan pula cili  kisar & tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan  garam,gula & sos  tiram .Kacau sebati.
4. Kemudian,masukkan pula  telur & gaul sebati.
5. Masukkan nasi  impit & gaul  sebati . Pastikan semua  bahan  bersalut dengan nasi  impit .
6. Sedia  untuk  dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!






Tiada ulasan: