Isnin, 12 Ogos 2019

BIHUN GORENG KOSONG

Assalamualaikum & selamat pagi....   



Bihun goreng kosong... Tak payah bubuh  apa-apa sayuran & ayam @ daging bagai... Senang nak makan....budak-budak tak payah pilih sayur....


Bahan-bahan :
1 bungkus bihun faiza -celur & toskan
# 5 ulas  bawang merah
# 5 ulas bawang putih
# 1 inci belacan
# segenggam  cili kering -kurangkan kalau tak suka pedas.
# blend bahan bertanda # hingga lumat .

1 sudu makan garam halus
Sedikit bahan perasa


Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan yang telah diblender hingga naik bau  dan sedikit garing.
2. Masukkan garam & bahan perasa. Gaul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan bihun dan gaul sebati.  Sedia untuk dihidang .


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: