Isnin, 12 Ogos 2019

NASI AYAM BERAS HERBA PONNI

Assalamualaikum & selamat malam ....





Malam ni nak mengupdate resepi nasi ayam beras herba ponni....sedap jugak rupanya....yang lebih penting lebih sihat...yelah beras herba ponni kan kurang kanji sesuailah untuk sesiapa yang sedang berdiet.




NASI AYAM
2 cawan beras herba ponni - basuh & toskan.
5 cawan air rebusan ayam
Sedikit pewarna kuning
2 kiub pati ayam
3 ulas bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 inci halia -hiris
1 batang  serai -ketuk
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan minyak masak
# Panaskan minyak & masukkan marjerin. Biar cair.
# Tumis  bawang merah,bawang putih,serai & halia .Tumis hingga naik bau .
# Masukkan beras ke dalam periuk . Tambah air rebusan ayam & masak nasi seperti  biasa. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam ,pewarna kuning & bahan tumisan tadi .Gaul sebati & masak nasi seperti biasa.




AYAM
1 ekor  ayam - potong & rebus dalam 15 minit .Kemudian angkat ayam ...Air rebusan ayam  digunakan untuk memasak nasi dan sup ayam .
# Ayam  yang telah direbus tadi dicampur dengan 4 sudu makan kicap manis,3 sudu makan sos tiram  & 2 sudu makan madu .
# Perap 1 jam. Lagi  lama lagi sedap.
# Selepas  1 jam, goreng ayam  hingga garing.


KUAH HITAM
# Panaskan air perapan ayam  dengan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk dan 1 senduk air rebusan  ayam. Didihkan hingga kuah agak pekat

SOS CILI
3 biji  cili  merah besar
5 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 senduk  air rebusan ayam
# Blend hingga lumat.
# Panaskan di  dalam periuk  bahan yang telah diblender tadi .Tambah 4 sudu makan gula, 1 sudu  makan cuka dan 1 sudu kecil garam halus .
# Masak hingga kuah agak pekat


SUP AYAM
# Didihkan air rebusan ayam.Tambah 1 sup  bunjut, 1 kiub pati ayam  dan 2 ulas bawang  putih yang telah diketuk .Biarkan mendidih sebentar .Kemudian, tambah pula 1 sudu makan serbuk lada sulah  & 1 sudu kecil garam halus.  Masukkan pula daun sup  yang telah  dicincang.Biarkan mereneh sebentar . Sedia untuk dihidang .


AKSESORI
Daun salad
Timun
Tomato (jika suka)


SELAMAT MENCUBA !!!😋

Tiada ulasan: