Isnin, 16 November 2020

NASI BERIANI DAGING SIMPLE

 Assalamualaikum dan salam Isnin...

NASI BERIANI DAGING

Hari ni saya nak berkongsi resepi nasi beriani daging

 menggunakan perencah nasi beriani mak siti...sepeket perencah ni boleh masak berkali-kali rupanya...hanya 2 sudu digunakan untuk memasak seperiuk nasi beriani...

Sebelum tu pastikan guna beras basmati yer untuk masak nasi beriani ni...saya beli yang timbang kilo jer...beli sekilo dapat seperiuk nasi...basuh beras bersih-bersih kemudian rendam selama 30 minit...sementara menunggu beras kembang bolehkan persiapkan bahan-bahan untuk memasak nasi...

Nasi beriani yang simple tapi sedap...


Bahan-bahan:

1/2 kg daging potong- cuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air hingga empuk...saya guna periuk pressure cooker jer...cepat...dah masak asingkan air rebusan daging dan isinya...

Rempah sekawan

1 sudu makan minyak sapi

2 sudu makan marjerin

2 sudu makan minyak masak

*1 biji bawang holland

*3 ulas bawang putih

* 2 jenis bawang ni blender/tumbuk lumat yer...

3 sudu kecil garam halus

Sedikit daun ketumbar

Sedikit kismis (jika suka)

Sedikit kacang biji gajus(jika suka)

1 liter + 125 ml air rebusan daging

2 sudu makan rempah beriani mak siti

Sedikit pewarna kuning telur

Rempah nasi beriani mak siti yang saya gunakan...memang sedap...


Cara memasak:

1. Toskan beras basmati yang telah direndam tadi.

2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi,minyak masak & marjerin.Biarkan cair dan panas.

3. Tumiskan rempah sekawan dan bawang yang telah diblender hingga wangi dan kekuningan.

4. Masukkan rempah beriani dan tumis hingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan daging dan gaul sebati. Biarkan masak sebentar.Tutup api.

6. Masukkan air rebusan daging ke dalam pot periuk pressure cooker.

7. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi.Gaul sebati.

8. Tambah garam secukupnya dan gaul sebati.

9.Masukkan pula beras,daun ketumbar,kacang gajus dan kismis.Gaul sebati.

10. Setting pressure cooker tekan 'rice'. Biarkan masak.

11. Dah masak,buat lubang-lubang pada permukaan nasi dan tuangkan sedikit pewarna kuning telur.

12. Tutup semula periuk pressure cooker dan biarkan 5 minit.Cukup 5 minit,buka tudung periuk dan gaul nasi rata.

13. Siap dan boleh dihidang.

14. Kalau rajin boleh jer hidang dengan dalca,kuah kari,daging masak hitam,acar timun...I is tak rajin kali ni...just buat sos pencicah jer untuk makan dengan daging-daging tadi...tu pun dah sedap...

# nak tumis terus dalam periuk pressure cooker pun boleh...tak payah kotorkan kuali...

# kalau takde periuk pressure cooker boleh jer masuk dalam periuk nasi biasa..masak nasi macam biasa...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋


Tiada ulasan: