Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Pavlova. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Pavlova. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Jumaat, 12 Jun 2020

PAVLOVA SUPER SEDAP STEP BY STEP

Assalamualaikum dan selamat petang...

PAVLOVA OVERLOADED FRUITS

Hari ni saya nak up resepi pavlova yang sangat sedap...apa tu pavlova yer?...kulitnya crunchy tapi dalamnya melting...cair di mulut...dengan curahan whipping cream di atas pavlova dan susunan buah-buahan yang mewah diatasnya...manis,creamy,masam...cukup rasa...memang sangat sedap sebagai santapan pencuci mulut...

Dengan limpahan cream & hirisan buah-buahan...cruchy di luar...melting di dalam mulut...yummy!!!

Alkisahnya lama tak buat pavlova ni...tapi disebabkan nak buat kek surprise birthday untuk si ayah maka terfikir nak buat pavlova...kebetulan juga ada customer order pavlova...kebetulan pulak...onzzzlah yer...

Kek surprise untuk si ayah...sebab pe boh kete sebijik atas tu...sesuailah dengan minatnya....hihi

Ni pulak pavlova untuk customer...

Aduhai...tengok pun nak kecur air liur...terasa dah kat tekak...

Pavlova yang telah dihiris

Jom kita intai resepinya...inshaAllah pasti menjadi...


Bahan-bahan:

Bahan-bahan membuat pavlova

Putih telur daripada 4 biji telur
3/4 gula kastor
Sedikit esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan(saya guna sudu kfc)

Cara-caranya:
Sediakan baking paper & loyang 6 inci.Tekap acuan tersebut dengan pensil.
Baking paper yang siap di tekap.


Putar putih telur menggunakan mixer.

Putar putih telur hingga gebu

Masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit


Inilah hasilnya setelah gula kastor sebati dengan putih telur.

Ayakkan 1 sudu makan tepung jagung ke dalam adunan. Masukkan juga sedikit esen vanilla dan cuka makan. Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga sebati.

Letakkan adunan ke atas baking paper yang telah dilukis tadi. Pastikan loyang disapu sedikit minyak terlebih dahulu barulah diletak baking paper yang telah dilukis dengan bulatan tadi.Kemudian,barulah dituang adunan telur putih tadi.
# Tujuan menyapu rata minyak pada dasar loyang sebelum meletakkan baking paper adalah supaya baking paper akan mudah ditanggalkan apabila pavlova siap dibakar nanti.

Bakar selama 1jam -1 jam 15 minit pada suhu 130'c.
# Pastikan panaskan oven 10 minit pada suhu 130'c barulah masukkan adunan pavlova.
Saya bakar 1 jam 15 minit,api atas bawah(on kipas oven)
# Bila pavlova dah masak,buka pintu oven sedikit dan biarkan pavlova selama lebih kurang 5 minit.
# Tujuannya supaya pavlova tak pecah disebabkan terkejut dengan perubahan suhu...hihi...
Biarkan sejuk barulah topping dengan whipping cream yer...

Untuk topping pavlova, putar 1 cawan whipping cream hingga gebu.
Letakkan whipping cream di atas pavlova,kemudian,susun dengan hirisan buah-buahan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam barulah dipotong dan dihidang.

Taraaa...inilah pavlova yang dah siap...overloaded fruits...tergodanya...

Selamat mencuba!!!😋😋😋


Ahad, 11 Ogos 2019

KEK PUDING PAVLOVA

Assalamualaikum & salam aidiladha...




Kek puding pavlova....lebih kurang sama dengan puding triffle... Cuma bezanya lapisan puding di tengah-tengah....kalau puding triffle guna puding kastard tetapi untuk pavlova ni guna puding putih telur....topping buah di atas puding pun ikut suka ye... Saya guna buah koktail dalam tin... Boleh jer guna buah-buahan segar seperti  strawberry/kiwi....Untuk kek  span pulak boleh jer ikut flavour kesukaan yer...vanilla,pandan,coklat ataupun strawberri.



Kek span perlu diterbalikkan segera apabila keluar dari pengukus supaya kek tidak mengecut. 

KEK SPAN(loyang  9 inci)
3 biji  telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu makan  susu tepung
1 sudu makan  pandan emulco
1 sudu makan  ovalette
1/8 cawan susu cair
# Putar semua bahan hingga gebu. Kemudian tambah 1 cawan tepung bluekey self-rising. Putar lagi hingga sebati .Masukkan pula 1 1/2 sudu makan  minyak masak .Kaup balik hingga sebati .
Tuang adunan ke dalam loyang & kukus 30 minit.



PUDING PUTIH TELUR
660 ml air
100 ml  air sirap buah
10 sudu makan  gula pasir (boleh kurangkan)
2 1/2 sudu makan serbuk  agar2 (15 gm)
# Didihkan hingga gula larut dan biarkan suam.

3 biji putih telur-putar hingga gebu
# Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putar hingga sebati menggunakan mixer.


LAPISAN  AGAR-AGAR
1 tin  buah-buahan koktail -tapis  ambil isi & 100ml dimasukkan ke  dalam  larutan  puding tadi .

330ml air
5 sudu makan gula  pasir
1 sudu makan  serbuk  agar-agar (5 gm)
# Didihkan hingga gula  larut .


CARA MELAPIS  KEK  PUDING  PAVLOVA

Step  1 : Letakkan kek span yang telah siap dikukus ke dalam  bekas

Step  2 : Tuang lapisan puding putih telur & biarkan keras. Cakar-cakar permukaan puding untuk lapisan  seterusnya .

Step  3 : Susun  buah-buahan koktail / fresh  ke  atas puding telur tadi .


Step  4 : Tuang  larutan agar-agar dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar betul-betul keras. Potong dengan  pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Jumaat, 12 Jun 2020

MENU SURPRISE UNTUK BIRTHDAY SI AYAH

Assalamualaikum dan selamat petang...
PAVLOVA & SET MEATBALLS

Cute pulak pavlova tu ade kereta kat atas tu yer...hihi

Bila ingat semula...rasa lucu pun ada...try buat prank surprisekan birthday si ayah...berjaya juga buat ayah terharu dan menangis...hihi

Terharu si ayah...dia ingat semua orang dah lupe...hihi



Selalu sangat buat surprise tengah-tengah malam...kali ni buat-buat tak tau jer...pakat konon-kononnya terlupa...tak sebut langsung...padahal dah plan dengan anak-anak nak surprise tengahari esok...

Present dari anak-anak....kadang-kadang harga barang tu atau hadiah apa yg diberi tak penting pun...yg penting adalah ingatan...tu yang buat kita terharu kan...

Kebetulan esoknya si ayah keluar gi meeting maka plan berjalan lancar...kelam kelibut masak menu surprise...nasib baik ada si kakak tolong...siap jugak sebelum si ayah balik...dan setelah ayah balik...surprise berjaya!!!

Pavlova..
Untuk resepi lengkap pavlova step by step boleh klik SINI yer...


Set meatballs
Untuk resepi lengkap meatballs sos blackpepper boleh klik SINI yer...


Mashed potato

MASHED POTATO
6 biji kentang-kupas dan rebus hingga empuk- kemudian lenyek
Tambah 1 sudu makan marjerin
Susu cair secukupnya
Serbuk lada hitam
Garam
# Gaul semua bahan hingga sebati.
# Hidang bersama sos blackpepper.

🥰🥰🥰

Ahad, 11 Ogos 2019

BROWNIES AIDILADHA

Assalamualaikum & salam aidiladha ....

Brownies sedap lemak berkrim


Brownies & puding santapan aidiladha


Kuih santapan aidiladha ....Brownies & kek puding pavlova ....nama pun raya haji kan...bukan nak makan kuih sangat pun .....nak makan daging korban jer... 2 jenis kuih pun dah cukup....


Untuk kek puding pavlova, saya dah tunjukkan resepinya step by step ..kali ni saya nak tunjuk resepi brownies ...Brownies  ni memang sedap... Sebelum ni kalau makan brownies akan terasa kepahitan coklatnya untuk kali ni terasa lemak berkrim coklatnya sebab saya guna milk compound jenama beryl's yer ...


Resepi  brownies kali ini saya campurkan  milk compound dan dark compound untuk rasa yang lebih lemak berkrim..dark compound juga perlu dicampurkan untuk mendapatkan hasil  brownies coklat kehitaman ...hitam itu kan  menawan....


Kek setelah dibakar


Step  1 : Cairkan  150gm  dark compound dan  150gm milk  compound dengan 250gm buttercup. Guna kaedah double boile . Biarkan  suam .

Step  2 : Mix sebati  4 biji  telur,1 cawan  gula perang  & 1 sudu kecil  esen vanilla.

Step  3 : Campurkan  coklat yang telah cair tadi  ke  dalam  adunan telur.  Mix sebati guna  whisk  jer.

Step  4 : Masukkan  1 3/4 cawan tepung blue key  & 3 sudu makan  serbuk  koko sedikit demi sedikit  & gaul sebati.

Step  5 : Panaskan oven  170'c selama 5 minit . Alaskan loyang 10 inci  dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam  loyang & ratakan.

Step  6 : Bakar  pada  suhu  160'c selama 15 minit  dan 150'c selama 30 minit.  Bila dah masak jangan keluarkan kek dahulu ..  renggangkan pintu oven selama 10 minit.

Step 7 : Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Hias ikut kreativiti masing-masing.

Step 8 : Topping  badam keping (Bakar 10 minit badam keping pada suhu 100'c)

Coklat cair
Cairkan milk compound  dengan  sedikit minyak dengan  kaedah double boile. Masukkan dalam  piping bag  dan hias ikut kreativiti sendiri .


SELAMAT  MENCUBA !!!😋

Ahad, 18 Oktober 2015

DONUT ALA DUNKIN'S DONUT @ BIG APPLE

Assalamualaikum dan salam Ahad...







Sudah lama teringin nak membuat donut ala-ala Dunkin's Donut ...dengan topping coklat berwarna-warni....Alhamdulillah first time mencuba resepi ni dan menjadi...yang bestnya dah 2 hari, donut masih gebu gebas lagi....lembut gitu...dan saya akan abadikan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba resepi ni...tak cuba mana tau kan...jadi,jangan takut untuk mencuba...




BAHAN-BAHAN :

500gm tepung roti
1 paket yis mauripan
100 gm gula kastor
100 gm marjerin
1 sudu kecil garam
200 ml air
4 biji kuning telur (jangan guna putih telur)

*putih telur jangan dibuang nanti boleh buat biskut lidah kucing/ macaroons/ mini pavlova...


CARANYA:
1. Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat pada tangan.Uli lebih kurang 15 minit.


2. Bulatkan doh kecil-kecil lebih kurang 40gm hingga habis ( saya dapat dalam 25 doh). Biarkan lebih kurang 10 minit.


3. Ambil sudu dan tekan di tengah-tengah doh menggunakan belakang sudu. Tekan guna jari pun boleh.


4. Ambil penutup botol air mineral dan buat lubang ditengah-tengah doh. Buat hingga habis.
5. Biarkan doh lebih kurang 15-20 minit.

donut yang siap digoreng

6. Panaskan minyak yang banyak dan goreng donut hingga keperang-perangan.
7. Tos dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah buat toppingnya pulak.

donut yang telah digoreng



TOPPING

Coklat masakan - coklat
Coklat masakan - putih
Coklat masakan - pink (perisa strawberry)
coklat urai
coklat chips
kepingan badam - bakar 5 minit
badam hancur - bakar 5 minit


CARANYA :
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil...kalau rasa coklat pekat sangat tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ye).Celupkan donut yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.






SIAP!!! SELAMAT MENCUBA!!!