Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Kuih cara manis. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Kuih cara manis. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Isnin, 27 April 2020

MENU 1 RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...


MENU 1 RAMADHAN


Nasi butter,ayam percik,kangkung tumis,kuih cara manis...

Menu berbuka puasa untuk 1 Ramadhan...nasi butter,ayam percik air fryer dan kuih cara manis...


NASI BUTTER
4 cawan beras
4  1/2cawan air
Rempah sekawan
2 sudu makan butter
1 sudu kecil garam
Daun pandan disimpul

# Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.


Ayam percik

Untuk resepi ayam percik boleh klik RESEPI AYAM PERCIK...



Kuih cara manis

Untuk resepi kuih cara manis boleh klik RESEPI KUIH CARA MANIS


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Ahad, 26 April 2020

KUIH CARA MANIS

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

KUIH CARA MANIS

Kuih cara manis santapan berbuka 1 Ramadhan...

Bahan-bahan:
*1 cawan tepung gandum
*1 cawan air
*1/2 cawan santan pekat
*2 helai daun pandan-potong kecil
*1 biji telur
*Sedikit pewarna hijau
*1 sudu makan gula
*Secubit garam

Bahan lain
Gula untuk inti
Sedikit minyak


Kuih cara manis

Cara membuatnya:
1. Blend semua bahan bertanda *. Kemudian tapis.
2. Masukkan ke dalam jug supaya senang semasa proses menuang ke dalam acuan.
3. Panaskan acuan kuih cara di atas api yang kecil.
4. Menggunakan daun pandan,sapu sedikit minyak pada setiap lubang acuan.
5. Tuangkan 3/4 penuh setiap lubang.Tutup sebentar.
6. Letak sedikit inti gula pada setiap lubang tadi. Tutup semula.
7. Biarkan kuih masak. Cucuk dengan lidi.Jika tidak melekat bermakna kuih sudah masak.
8. Angkat dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋







Isnin, 4 Mei 2020

KUIH LOPES

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

KUIH LOPES
Kuih lopes....kegemaran cik somi...seronok bila memasak ada orang nak makan...tukang masak kurang sikit kuih-kuih manis ni...membuatnya suka...nak makannya kureng...

Lemak manis....

Ada banyak versi cara membuat kuih lopes ni...tapi saya guna cara yang mudah jer...kukus pulut baru cetak ikut acuan...ade yang kukus dalam daun pisang kemudian terus potong...ikut kreativiti masing-masinglah yer...

Pulut dan air gula

Step pertama kena buat air gula untuk curah atas kuih tu nanti...


AIR GULA

AIR GULA
2 cawan air
3 ketul gula kabung
1/2 cawan gula perang
1 helai daun pandan -disimpul
# Masak atas api sederhana hingga gula melarut sepenuhnya.

Masak hingga air gula agak pekat...

# Didihkan hingga kuah agak pekat dan sejukkan.

Pulut setelah dikukus

PULUT
2 cawan tepung pulut-rendam 1 jam
2 cawan santan cair
1/2 cawan air tapisan daun pandan
1 sudu teh air kapur
Secubit garam

Cara memasak:
1. Gaul semua bahan dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.

Masukkan pulut ke dalam acuan...tekan padat kemudian keluarkan...

2. Dah masak,ambil sedikit pulut,tekan-tekan ke dalam acuan bulat dan keluarkan.


pulut yang sudah siap digaul dengan kelapa parut

BAHAN SALUTAN PULUT
1/2 biji kelapa parut muda/putih
Secubit garam
# Gaul sebati dan kukus 5 minit.

Lopes sedia terhidang...

Cara menghidang:
1. Gaul pulut yang telah dicetak ke dalam kelapa parut.
2. Letak di dalam pinggan.
3. Curahkan air gula.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Khamis, 30 April 2020

MENU 5 RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

MENU 5 RAMADHAN...AYAM KICAP SOS TIRAM,KOBIS GORENG,SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS,KUIH SAGU DELIMA,ONION RING...


alhamdulillah...masak sendiri lebih nikmat

Menu berbuka puasa 5 Ramadhan...kuih sagu delima,onion ring,ayam kicap sos tiram,kubis goreng dan sambal tumis hijau ikan bilis...


AYAM KICAP SOS TIRAM,KOBIS GORENG DAN SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS




AYAM KICAP SOS TIRAM

AYAM KICAP SOS TIRAM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam -potong kecil
Sebiji bawang besar-potong bulat
Sebiji lada merah-potong serong
Kicap manis secukupnya
Sos tiram secukupnya

Simple tapi marbeles...

Cara memasak:
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga garing dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan lada hingga agak layu.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati.
4. Kemudian,masukkan ayam dan gaul sebati.Masak sebentar hingga kuah sebati dengan ayam. Lebih kurang 15 minit lagi.
5. Sedia untuk dihidang.


KOBIS GORENG

KOBIS GORENG

Bahan-bahan:
Kobis -potong kecil
Sebiji bawang besar-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris nipis
1 biji lada merah-potong serong
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan serbuk knorr pasti sedap
Sedikit air

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan lada hingga agak layu.Masukkan pula serbuk kunyit dan gaul sebati.
2. Masukkan kobis dan tumis lagi hingga agak layu.
3. Masukkan air,garam dan serbuk knorr.Gaul sebati.Masak sebentar dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS

SAMBAL TUMIS HIJAU IKAN BILIS
Untuk resepi sambal tumis hijau ikan bilis boleh klik


KUDAPAN DAN PEMANIS MULUT...ONION RING & KUIH SAGU DELIMA...



Kuih sagu delima

KUIH SAGU DELIMA
Untuk resepi kuih sagu delima boleh klik RESEPI KUIH SAGU DELIMA



Onion ring
ONION RING
Untuk resepi onion ring boleh klik RESEPI ONION RING



SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Khamis, 23 April 2020

KUIH LAPIS PANDAN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat petang...

KUIH LAPIS PANDAN COKLAT

Kuih lapis lagi...haha...tapi kali ni buat perisa pandan dan coklat pulak...buat dalam loyang 8 inci sekejap jer licin sebab orang dalam rumah ni hantu kuih lapis...

Sedap...lemak manis...tak manis sangat...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pandan emulco
2 sudu makan serbuk koko


Kuih lapis yang siap dikukus...tunggu sejuk...baru potong yer...potong pun guna pisau plastik yer baru tak melekat...

Cara memasak:
1. Gaul sebati semua bahan kecuali pandan emulco dan serbuk koko.Tapiskan.
2. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan pandan emulco dan satu lagi bahagian campurkan serbuk koko.
3. Sapukan permukaan dalam loyang 8 inci dengan sedikit minyak.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang 1 cawan adunan coklat dan kukus 5 minit.
6. Tuang pula 1 cawan adunan pandan dan kukus lagi 5 minit.
7. Buat hingga habis.Lapisan akhir kukus lagi selama 20 minit.5 minit terakhir kukus dengan penutup pengukus dibuka yer...
8. Biarkan sejuk barulah dipotong menggunakan pisau plastik.

# Semasa mengukus selama 20 minit tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis pada kuih.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Jumaat, 16 Ogos 2019

KUIH KASWI

Assalamualaikum & selamat malam ... 

Kuih kaswi


Sesuai untuk santapan pagi & petang

Kuih kaswi ....sedap sangat aih...bila tekak teringin nak makan,maka merajinkan diri untuk bersilat di dapur ...masak malam pagi esoknya boleh potong buat santapan sarapan pagi ... 

Bahan-bahan :
2 cawan air 
1 cawan gula merah 
3/4 cawan gula pasir
# Didihkan hingga gula larut,kemudian tapis dan biarkan sejuk.

2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung  ubi 
3 cawan air 
3/4 sudu teh kapur dicampur dengan 3 sudu makan air. 

Bahan  salutan:
Kelapa parut putih 
Sedikit garam  halus 
#Gaul sebati

Lembut & manis secukup rasa....rasa sepotong pasti nak lagi....


Cara-caranya :
1. Campur tepung gandum,tepung ubi ,air  & air kapur . Biarkan sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian campurkan air gula  yang telah dimasak tadi. Gaul sebati .
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang 10x 10 inci .
4. Tapis dan tuangkan adunan ke  dalam loyang. 
5.Kukus selama 1 jam. Setiap 10 minit  lap tudung pengukus supaya air tidak menitis pada kuih .
6. Selepas 40 minit, buang  lebihan air yang bertakung  atas kuih .Kukus lagi hingga cukup 1 jam. 5 minit  terakhir kukus dengan membuka tudung pengukus .
7. Biarkan kuih sejuk barulah potong dengan pisau plastik. Seelok-eloknya masak malam,pagi boleh potong .
8. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah digaul sedikit garam  halus.
9. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Jumaat, 14 Februari 2020

KEK BATIK SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan Salam Jumaat....

KEK BATIK SUPER SEDAP


Sedekah banyak caranya...tak semestinya kita bersedekah dengan wang ringgit....bumi Allah ni luas kan....banyak caranya untuk kita kutip pahala....Share resepi pun boleh dapat pahala kan??? yelah...kita share apa yang kita tahu...ilmu juga kan...bila bermanfaat untuk orang lain inshaAllah kita akan dapat pahala....Amiin...


Makan sepotong pasti tak cukup.... Lemak manis... sedap sangat-sangat... 

Hari ni saya nak berkongsi resepi kek batik super sedap....Banyak versi kek batik ni tapi kalau buat kek batik saya memang guna resepi ni...Resepi untuk makan sendiri juga untuk jualan...Tips nak bagi kuih dan kek kita sedap, senang jer...guna bahan jangan lokek-lokek/kedekut...guna bahan yang berkualiti...buat dengan penuh kasih sayang...InshaAllah hasilnya marvellous...

Bahan-bahan asas kek batik


BAHAN-BAHAN :

* 1 cawan air panas
*1 cawan milo
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan gula
* Campur semua bahan bertanda * hingga sebati dan tidak berketul

4 biji telur - pukul sebati guna whisk
1 ketul butter (250 gm)
1 kg biskut marie original - potong 2

Tekan kek bagi betul-betul padat... Saya guna loyang jenis loose 8 inci... Senang nak keluarkan kek bila nak potong nanti... 


CARA MEMBUATNYA :
1. Cairkan butter di dalam kuali. Masukkan adunan cairan tadi. Masak hingga mendidih dan tidak berketul. Guna api kecil sahaja sebab takut berkerak nanti.
2. Masukkan pula telur dan gaul hingga adunan agak likat.
3. Kemudian, masukkan pula biskut marie dan gaul rata. Masa ni nak tutup api pun boleh dah...
4. Ambil adunan biskut marie tadi sedikit demi sedikit dan ratakan ke dalam loyang. Kalau nak kek rendah guna loyang saiz besar, kalau nak kek nampak tinggi guna loyang saiz kecil. Saya guna loyang saiz 8 jer...
5. Tekan-tekan kek hingga padat dan adunan habis.
6. Simpan di dalam peti sejuk hingga kek betul-betul keras...Sekurang-kurangnya 3 jam...sebab pe...sebab bila kek tak cukup keras bila dipotong ia akan berderai...ada faham???
7. Cukup 3 jam...boleh potong dan hidang...


# Kalau nak kek kurang manis kurangkan sukatan gula dan susu pekat ye... kita yang buat kan...adjust sendirilah yer...Saya suka sukatan ni...sebab suka kek batik yang manis...bila tawar macam xbest jer...hehe...sesekali makan manis skit kan...


Senang jer kan???


SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋