Isnin, 16 November 2020

NASI BERIANI DAGING SIMPLE

 Assalamualaikum dan salam Isnin...

NASI BERIANI DAGING

Hari ni saya nak berkongsi resepi nasi beriani daging

 menggunakan perencah nasi beriani mak siti...sepeket perencah ni boleh masak berkali-kali rupanya...hanya 2 sudu digunakan untuk memasak seperiuk nasi beriani...

Sebelum tu pastikan guna beras basmati yer untuk masak nasi beriani ni...saya beli yang timbang kilo jer...beli sekilo dapat seperiuk nasi...basuh beras bersih-bersih kemudian rendam selama 30 minit...sementara menunggu beras kembang bolehkan persiapkan bahan-bahan untuk memasak nasi...

Nasi beriani yang simple tapi sedap...


Bahan-bahan:

1/2 kg daging potong- cuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air hingga empuk...saya guna periuk pressure cooker jer...cepat...dah masak asingkan air rebusan daging dan isinya...

Rempah sekawan

1 sudu makan minyak sapi

2 sudu makan marjerin

2 sudu makan minyak masak

*1 biji bawang holland

*3 ulas bawang putih

* 2 jenis bawang ni blender/tumbuk lumat yer...

3 sudu kecil garam halus

Sedikit daun ketumbar

Sedikit kismis (jika suka)

Sedikit kacang biji gajus(jika suka)

1 liter + 125 ml air rebusan daging

2 sudu makan rempah beriani mak siti

Sedikit pewarna kuning telur

Rempah nasi beriani mak siti yang saya gunakan...memang sedap...


Cara memasak:

1. Toskan beras basmati yang telah direndam tadi.

2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi,minyak masak & marjerin.Biarkan cair dan panas.

3. Tumiskan rempah sekawan dan bawang yang telah diblender hingga wangi dan kekuningan.

4. Masukkan rempah beriani dan tumis hingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan daging dan gaul sebati. Biarkan masak sebentar.Tutup api.

6. Masukkan air rebusan daging ke dalam pot periuk pressure cooker.

7. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi.Gaul sebati.

8. Tambah garam secukupnya dan gaul sebati.

9.Masukkan pula beras,daun ketumbar,kacang gajus dan kismis.Gaul sebati.

10. Setting pressure cooker tekan 'rice'. Biarkan masak.

11. Dah masak,buat lubang-lubang pada permukaan nasi dan tuangkan sedikit pewarna kuning telur.

12. Tutup semula periuk pressure cooker dan biarkan 5 minit.Cukup 5 minit,buka tudung periuk dan gaul nasi rata.

13. Siap dan boleh dihidang.

14. Kalau rajin boleh jer hidang dengan dalca,kuah kari,daging masak hitam,acar timun...I is tak rajin kali ni...just buat sos pencicah jer untuk makan dengan daging-daging tadi...tu pun dah sedap...

# nak tumis terus dalam periuk pressure cooker pun boleh...tak payah kotorkan kuali...

# kalau takde periuk pressure cooker boleh jer masuk dalam periuk nasi biasa..masak nasi macam biasa...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋


Ahad, 15 November 2020

ROTI COKLAT CIPS HOMEMADE

 Assalamualaikum dan salam Ahad...

ROTI COKLAT CIPS

Ramai yang bertanya resepi roti coklat cips homemade yang saya up gambarnya dalam status whatssap...yelah kan...bila time PKPB ni dapur memang 24 jam beroperasi...maka kerajinan para ibu-ibu perlu ditingkatkan ke angka 100% bagi mengisi perut anak-anak yang sentiasa lapar...hehe...ibu pun time ni nak asah juga skills memasak yang ada...mencuba dan bereksperimentasi dengan resepi-resepi...kalau menjadi seronoknya memang lain macam...


Roti gebu gebas...tinggi yakmat sampai mencecah bumbung breadmaker...hihi

Dalam dok mengodek2 resepi roti yang best.... saya sebenarnya lebih suka mencari resepi yang menggunakan sukatan cawan...malas nak menimbang-nimbang...tapi susah nak cari resepi roti guna sukatan cawan semata-mata...so, saya ubah timbangan jadi sukatan cawan...lepas ni kalau nak buat roti lagi guna jer sukatan cawan.


Hasil roti setelah siap dibakar



Gebu melebihi acuan dah...


Bahan-bahan :

4 cawan tepung  roti/tepung gandum

1 sudu makan serbuk koko

1 peket yis mauripan

4 sudu makan gula kastor

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil bread softener

1 sudu kecil bread improver

1 sudu makan marjerin

1 cawan susu full cream

1 biji telur


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan mengikut turutan ke dalam bread maker.

2. Setting 'Sweet',2.0lb,(light).

3. Biarkan jer masak sendiri roti tu.

4. Dah masak, keluarkan dari breadmaker. Semasa roti masih panas,sapukan permukaan atas dan tepi roti dengan marjerin supaya roti akan sentiasa lembut bila dah sejuk.

5. Kalau tiada breadmaker uli dengan tangan/mixer hingga lembut.Biarkan doh 1 jam...lepas sejam tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin...bentukkan doh dan masukkan ke dalam acuan roti...biarkan mengembang 2x ganda...pastu bakar dalam oven 150'c 25-30 minit...bergantung kepada oven masing-masing yer...


# Saya menggunakan bread maker jenama EMPRESS (Cosway)...bertahun dah pakai...alhamdulillah masih tahan.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋😋

Sabtu, 7 November 2020

NASI ARAB AL-HAURA HIDANGAN SEFAMILY

Assalamualaikum dan selamat pagi...

NASI ARAB AL-HAURA SUPER SEDAP


Lama tak bersiaran...tulah kan 'hectic' sangat akhir-akhir...sampai tak sempat nak update blog sendiri....tapi hari ni terdetik hati nak meng'update' blog kesayangan...jom 'check it out'....


Bila sesekali dapat berkumpul sekeluarga...pasti sebagai ibu akan terfikir menu spesial untuk santapan bersama...begitu juga saya...sesekali anak bujang balik dari asrama maka akan direquestnya macam-macam masakan...rindu masakan ibu katanya...biasalah bila dah di asrama kena makan apa yang dah terjadual...nak tak nak kena makan kan...

Nampak menyelerakan...makan 5 beranak dalam satu dulang...kat kedai nasi arab pun tak sedap macam ni tau...hehe...




Sup ayam sebagai kuah...


Untuk tak menghampakan...menu spesial yang paling mudah disediakan Nasi Arab Al-Haura...kebetulan memang pes nasi arab ni sedia-sedia ada di rumah maka mudahlah proses penyediaannya...just beli ayam,tomato,daun ketumbar dan cili untuk penyediaan sos arabnya...mudah kan...tak perlu dah blender rempah atau bawang-bawang bagai...yang penting hasilnya memang sedap...

SOS ARAB



SUP AYAM





Gambar kat bawah pes nasi arab yang saya gunakan...memang tak menyecewakan...mudah,sedap dan senang memasak nasi arab dengan pes ni...tak caya cubalah...perlu ada di setiap rumah...kot tetiba ada tetamu datang menjengah ada juga menu spesial dan sedap yang dihidang...nak makan kat kedai nasi arab kan mahal...beli pes masak sendiri lagi jimat...


Cara memasak step by step ada tertera di belakang kotak...ikut jer step yang diberi...inshaAllah menjadi...



Ni ler rupenyer packaging pes nasi arab al-Haura...satu pek boleh makan 5-7 orang yer...berbaloi-baloi...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Rabu, 5 Ogos 2020

MEE BANDONG MUAR SUPER DUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MEE BANDONG MUAR SUPER DUPER SEDAP...

Yummylicious...cuba sekali pasti nak lagi...

Hari ni saya nak berkongsi resepi mee bandong muar menggunakan pes mee bandong 'mak pon'...memang super delicious...apa yang best guna pes mee bandong 'mak pon' ni cuma sediakan bahan mentah jer...bawang-bawang tak payah nak blender2 dah....guna jer pes rempah tu...complete dah...

Pes mee bandong 'mak pon'

Tak payah nak tumis-tumis masukkan jer dalam air rebusan.

Yang tak tahu cara memasak...boleh jer tengok cara penyediaan di belakang pack...


Jom kite tengok cara memasaknya step by step yer...

Sebelum tu kena sediakan bahan-bahannya dulu...

Bahan-bahannya
Bahan-bahan:
3 bungkus mee kuning
1/2 ekor ayam-potong kecil
20 ekor udang
10 biji telur
2 pokok sawi-potong kecil
2 biji tomato-dipotong
2 sudu makan knorr pasti sedap
Bawang goreng
Cili merah-hiris


Rebus isi ayam dengan air secukupnya....rebus lebih kurang 15 minit...Sukatan air dan bahan cukup untuk 10 orang makan ni...senang...masak banyak terus...

Masukkan pula 2 pek pes mee bandong mak pon..kalau nak masak kuantiti sikit boleh guna 1 pek pes mee bandong sahaja...

Gaul sebati dan biarkan mendidih.

Masukkan udang

Masukkan pula sawi

Masukkan tomato

Pecahkan telur satu persatu

Tips mendapatkan telur seketul seketul...pecahkan telur ke dalam senduk sebelum dimasukkan ke dalam kuah mee bandong yang menggelegak...

Biarkan kuah mendidih beberapa minit. Jangan dikacau takut telur pecah....selepas lebih kurang 5 minit...lihatlah hasilnya...telur bulat-bulat elok jer...

Taraaaa....ini hasilnya mee bandong muar menggunakan pes mee bandong 'mak pon'...super delicious...super marvellous...ganding bersama air soda bandong memang gandingan yang mantap...

Mee bandong super delicious

❤Nota✔️: Jika berminat untuk mendapat dan merasai kesedapan pes mee bandong bolehlah klik link yang tertera di blog yer...tq😊


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋


Isnin, 3 Ogos 2020

NASI ARAB AL-HAURA AYAM BAKAR AIR FRYER

Assalamualaikum dan salam Isnin...

NASI ARAB AL HAURA

MEMANG SEDAP SECUKUP RASA...CUBALAH MASAK KALAU TAK PERCAYA...

Hari ni saya nak share resepi nasi arab al Haura versi 2...sebelum ni saya dah sharekan cara memasak nasi menggunakan pressure cooker dan bakar ayam menggunakan magic pan tetapi untuk kali ni saya akan sharekan step by step cara memasak nasi arab al Haura hanya menggunakan rice cooker biasa dan ayam pula saya bakar menggunakan air fryer...untuk sos pula saya menggunakan resepi sos arab...masih menggunakan bahan-bahan yang mudah...yang penting mestilah menggunakan set nasi arab al Haura yer...

Cuba sekali pasti nak lagi....puas makan tau...yang penting mestilah sebab masak sendiri boleh menambah-nambah...😊


Pertama sekali perlulah ada set nasi arab al Haura...

SET NASI ARAB AL HAURA


Senang sangat guna set pes nasi arab ni...beras ada...pes utk nasi dan ayam/daging pun ada siap-siap...

Rendam beras 15 minit
Sebelum memasak nasi, basuh dan rendam beras selama 15 minit. Kemudian toskan.


Untuk memasak nasi arab...mula-mula, kena rebuslah ayam/daging untuk dapatkan air rebusan tu...sukat air rebusan 700ml/3 1/2 cawan untuk digunakan memasak nasi...

Rebus ayam lebih kurang 15 minit

CARA MEMASAK NASI ARAB:

Nasi arab yang siap dimasak

Jom kita tengok cara memasak nasi step by step:

Masukkan air rebusan ayam,beras, minyak masak,pes nasi dan garam.Gaul sebati.
Masukkan air rebusan ayam 700ml/ 3 1/2 cawan,beras, 3 sudu makan minyak masak,3 sudu kecil garam halus dan gaul sebati. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Nasi yang siap dimasak. Gaul sebati.


Letakkan pewarna kuning telur dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 10 minit.

Bila nak dihidang baru gaul nasi sebati menggunakan senduk kayu.

Taraaaaa....ini hasilnya nasi arab yang siap dimasak....panjang-panjang nasinya...makan nasi saje pun dah sedap tau....😋😋
Nasi arab

Jom sekarang kita tengok pulak cara memasak ayam...


Toskan ayam

Perap dengan pes bakar selama 30 minit.

Masukkan ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit 200'c.

Ayam yang siap dibakar.

Taraaaaa....ayam yang siap dibakar....nampak menyelerakan kan....😋😋😋
Ayam bakar air fryer

Step seterusnya adalah penyediaan sup sebagai kuah...kalau rajin bolehlah masak gulai kari ataupun dalca...


Kuah sup
Untuk kuah sup, didihkan semula air rebusan ayam...tambah garam,serbuk lada sulah dan perasa secukupnya...


Step terakhir adalah penyediaan sos arab...sebelum ni saya dah share resepi salsa arab....tapi kali ni saya nak share penyediaan sos arab pulak...senang sangat...blend jer semua bahan...

Sos arab

Bahan-bahan membuat sos arab:
2 biji tomato
2 biji cili besar merah
1 tangkai daun ketumbar
4 batang cili padi merah-jika suka pedas
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
# Blender jer semua bahan-bahan di atas...blender kasar-kasar jer...

Taraaaa....sos arab yang sudah siap...
Sos arab yang siap dimakan bersama nasi arab...

Nasi arab yang siap dihidang...sedia untuk dimakan...nampak sangat sedapkan...😋😋😋

❤NOTA✔️ : KALAU TERINGIN NAK MENCUBA SET LENGKAP PES NASI ARAB AL HAURA BOLEHLAH KLIK PADA LINK TERTERA DI BLOG YER...TQ😊

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋