Jumaat, 1 Februari 2019

NASI AYAM SUPER MARVELLOUS

Assalamualaikum dan  selamat  tengahari. .





Nasi  ayam  antara  menu favourite family  saya  & mudah  disediakan disebabkan bahan-bahannya yang simple sangat... Tak  terlalu  renyah . .apa yang penting ....masak dengan  penuh  rasa  kasih  sayang. . Pasti hasilnya .. marvellous!!!!




Nasi  ayam  yang lengkap mesti  ada :
1. Nasi
2. Ayam
3. Sup
4. Sambal cili
5.Sos hitam
6. Salad
7. Hirisan  timun
8.Hirisan tomato

So, hari ni  saya  nak  share resepi  nasi  ayam  step by step versi  'fieza  delights'.. .Banyak  versi  nasi  ayam  ni ...Tapi  resepi  ni  gerenti  sedap ...inshaAllah ...


Step 1: Penyediaan nasi

Bahan  utama :


1 ekor  ayam - potong  kecil  & rebus lebih  kurang  15 minit .

Bahan-bahannya:
3 mangkuk  kecil  beras
3 1/2 cawan  air rebusan




2 kiub  ayam
3 biji  bawang ros -hiris
3 ulas  bawang putih -hiris
1 inci  halia - ketuk
3 helai  daun  pandan  - simpul
3 sudu  minyak  masak
2 sudu  makan  butter

Cara-caranya :

1. Basuh  3 mangkuk  kecil  beras .Toskan  dan  masukkan ke dalam  rice cooker .

2. Panaskan  3 sudu  makan  minyak  masak  di  dalam  kuali .


 3. Cairkan  pula  2 sudu  makan  butter .

4. Setelah  butter cair,masukkan bawang yang telah  dihiris,halia & daun  pandan.


5. Tumis  bahan-bahan tersebut  hingga  agak  garing .Tutup api. 


6. Masukkan 3 1/2 mangkuk  kecil  air rebusan  ayam  ke dalam  periuk  yang berisi  beras .Bubuh 2 kiub  ayam ,bahan  tumisan  & sedikit  pewarna  kuning .Gaul  rata  & masak  nasi  seperti  biasa .


7.Hasil nasi  setelah  masak. Gaul rata .



Step 2 : Penyediaan ayam


1. Ayam  yang telah  direbus .Toskan dan  letak  di  dalam  bekas. 

2. Gaul ayam  dengan  4 sudu  makan  kicap  manis,3 sudu  makan  sos  tiram  & 2 sudu  makan  madu .Gaul rata  dan  perap  selama  30 minit  - 1 jam. 

3. Goreng  ayam  dengan  minyak  yang banyak  hingga  garing .


Step 3 : Penyediaan sup

1. Didihkan air rebusan ayam  tadi.Tambah 1 kiub  ayam ,2 ulas  bawang putih  yang diketuk  & sup  bunjut .Didihkan 10 - 15 minit .


2. Hasil  sup  ayam  yang siap  dimasak. 



Step 4 : Penyediaan sambal cili

1. Basuh  2 cili  merah,10 cili padi  & sebiji  tomato. Kalau  tak  nak  pedas  boleh kurangkan  cili  padi .

2. Masukkan cili & tomato ke dalam  blender .Tambah  3 senduk  air rebusan  ayam. Blender lumat .

3. Didihkan bahan  yang telah  diblender tadi. Tambah  2 sudu  kecil  garam  halus, 4 sudu  makan  gula, 1 sudu  makan  cuka  & 1 sudu  makan  sos  cili.  Masak  hingga  sos  agak  pekat .



4. Sos  yang terhasil... Pedas2 manis.. .



Step  5: Penyediaan sos  hitam 

Didihkan air perapan  ayam  tadi .Tambah  satu  senduk  air rebusan  ayam  & 2 ulas  bawang putih  yang telah  diketuk .Didihkan hingga  kuah  agak  pekat .



Step 6 : Penyediaan aksesori tambahan
Daun  salad - cuci  bersih
Hirisan  timun 
Hirisan  tomato



Fuh!!!  6 steps penyediaan nasi  ayam .. Hasilnya  memang  berbaloi . .Sedap  hingga  menjilat  jari ....kalah nasi  ayam  kedai ...Hehe. ..😋


SELAMAT  MENCUBA!!!!





















Khamis, 31 Januari 2019

BAWAL TIGA RASA SUPER SIMPLE

Assalamualaikum & selamat  petang ...



Menu express  untuk  santapan makan  malam ..3 rasa.manis,masin,masam....secukup rasa  jer... Sekali  hadap  kejap  jer  licin sebab  anak-anak suka  sangat  dek  kerana  tiada  elemen  sayuran  di  situ .. Memang  sengaja buat  camtu  sebab  dah  tau  diorg  xsuke ...kalau boh  memang  tak  makan  sayur2 tu ...Membazir pulak... So,  sape  nak  tambah  sayur  campur  pun boleh  nak  bagi nampak  meriah  kan... Tapi .. Saya  lebih  suka  kosong  begitu  jer...

Bahan-bahan:
1 ekor  ikan  bawal  (siang,lumur dgn  serbuk  kunyit  & goreng  hingga  garing )

1 biji  bawang besar - hiris
1 inci  halia - hiris

* 4 biji  bawang ros
* 4 ulas  bawang putih
* blend lumat

2 sudu  makan  cili  kisar
1/2 cawan  sos  tomato
3 sudu  makan  sos  tiram
3 sudu  makan  sos  cili
1/2 cawan  air
1 sudu  teh  garam halus
3 sudu  makan  gula

Cara - caranya :
1. Panaskan  sedikit  minyak .Tumis  bawang besar  & halia  yang dihiris  tadi .
2. Masukkan  bawang yang diblender dan  tumis  hingga  naik  bau .
3. Masukkan  pula  cili  kisar  & masak  sebentar .
4.Masukkan air, sos  tomato,sos cili ,sos  tiram, garam  & gula .Masak  hingga  agak  pekat.
5. Curahkan  ke  atas  ikan  bawal  yang telah  digoreng tadi .

SELAMAT MENCUBA!! !


ASAM PEDAS AYAM GERENTI SEDAP

Assalamualaikum & Selamat petang ...



Nak  share satu  lagi  resepi petang  ni...dah memang  orang  Johor. . Tak  sah  kalau  tak  masak  asam  pedas ...menu yang simple tapi  nice untuk  lunch & dinner....



Bahan-bahan:
1 ekor  ayam - potong  kecil  & basuh  bersih

Bahan  kisar
3 biji  bawang besar
6 ulas  bawang putih
* blend hingga  lumat

1 cawan  cili  kisar
1 cawan  air asam  jawa(1 sudu  teh  asam  jawa  bancuh  jadikan  satu  cawan )
Air secukupnya
6 batang  bendi
1 biji  tomato - belah  4
4 sudu  makan  gula
4 sudu  kecil  garam  halus
Daun  kesum
2 batang  serai  -ketuk
Minyak  masak  secukupnya  untuk  menumis



Cara-caranya:
1. Panaskan  minyak .Tumis  bawang yang telah  diblender. Masukkan  serai  dan  tumis  sebentar.
2. Masukkan  pula  cili  kisar  dan  masak  dengan  api perlahan hingga  pecah  minyak .
3. Masukkan ayam  dan  masak  sebentar.Masukkan pula  air asam  jawa,air secukupnya dan  daun  kesum .
4.Biarkan kuah  menggelegak, masukkan  pula  garam  dan  gula.  Kemudian, masukkan  bendi  dan  masak  hingga  lembut .
5. Akhir  sekali,masukkan tomato dan  masak  sebentar .
6. Hidang  bersama  nasi  putih  dan  telur  dadar.... Memang  terangkat!!!!

SELAMAT MENCUBA!! !


SINGGANG PEDAS IKAN JENAHAK PALING AWESOME

Assalamualaikum & selamat petang.. .



Bila layan  drama tv3 tetiba  rasa  teremosi pulak ...'Setelah  Cinta  Itu  Pergi'...hmmm... Masa  org tu  ade  macam2 kau  buat  tak  hargai  langsung ...Bila  orang  tu  dah  xde  barulah  terhegeh2 nak ...moral of the story.. .' Kita  akan  rasa  kehilangan  apabila  orang  yang kita  sayang  pergi  meninggalkan  kita. ..Hargailah selagi  masih  ada. . .

Emm. ..Sorry  ea  mok  cik  teremo skit...apa2 pun  tujuan  mok  cik  sebenarnya  nak  share resepi  singgang  ikan ... Sejak  menjak  ni  banyak  betul  dugaan. ..Bertimpa2...tapi mok  cik  terimanya sebagai dugaan  mungkin mok  cik  perlu  lebih  muhasabah diri  & menjadikan  mok  cik  orang  yang lebih  sabar... Terbaru...hard disc laptop  rosak.. .Dahlah  xleh  buat  back  up  dah .. Habis  semua  data-data mok  cik  dalam  tu ...Rasa  gelap  jer  dunia . .Lembik  terduduk jgk  mok  cik ...Tp  bila  mok  cik  pikir  mgkn  ade  hikmah  sesuatu  yg  berlaku .. Mok  cik  cuba  redha. ..mgkn ade  sesuatu  yg  lebih  baik  menanti  mok  cik ...Kan.. .Sape  tahu ...

Oklah  mok  cik nak  share resepi  singgang pedas  ikan .. Actually share resepi ni  satu  terapi jgk .. Selain  boleh jadi  rujukan untuk  diri  sendiri. ..

Singgang  ni kekadang orang panggil asam  rebus  kekadang ada  juga  yang panggil sayur  air ...ikutlah  sedap  sebut  yang mana . .Penggunaan  ikan  pun ikut citarasa masing-masing. ..ade yg  suka  ikan  kayu(tongkol),ikan  kembung(temenung) & ikan  potong ...Untuk  resepi  ni  mok  cik  guna potongan  ikan  jenahak. ..Emmm  sedap  sangat ...


Bahan-bahan:

5 keping  ikan  jenahak
* 3 batang  cili  merah
* 1 biji  bawang besar
* 4 ulas  bawang ros
* 6 ulas  bawang  putih
* 1 inci  lengkuas
* 1 inci  kunyit  hidup
Bahan-bahan yang bertanda* blender hingga lumat

4 cawan  air
5 keping  asam  keping
2 bunga  kantan
Daun  kesum
Garam  secukupnya
Sedikit  gula

Cara-caranya:
1. Masukkan  air ke dalam  periuk  hingga  mendidih .
2. Masukkan  bahan  yang diblender, asam  keping ,daun  kesum  & bunga  kantan . Biarkan  mendidih  sebentar .
3.Masukkan pula  ikan  dan  bendi .Reneh  sehingga ikan  masak  lebih  kurang  10 minit .
4.Bubuh garam  & gula  secukupnya .


SELAMAT MENCUBA !!!






Rabu, 30 Januari 2019

SHELL OUT MARVELLOUS

Assalamualaikum & salam  sejahtera .. .





Lama tak bersiaran...hari ni  tergerak  hati
untuk  post resepi  shell out untuk  rujukan diri  sendiri & penggemar2 shell out ...
Bila  masak  sendiri  sangat  puas  hati  & berbaloi2...puas makan...

Bahan-bahan shell out
2 kg udang
2 kg sotong
2 kg lala
10 ekor  ketam

Bahan-bahan kuah :

Bahan  kisar
20 tangkai cili  kering
2 sudu  makan  udang  kering
1 inci  belacan
2 labu  bawang  besar
15 ulas  bawang  ros
10 ulas  bawang putih
1 inci  halia
# kisar  semua  bahan  di  atas  dengan  sedikit  minyak  dan  air .

Bahan tumis :
5 tangkai daun  kari
2 batang  serai -ketuk
1 inci  halia - hiris
10 batang  cili  padi  - hiris
6 ulas  bawang putih  - hiris
6 ulas  bawang ros - hiris
Minyak
1 sudu  makan butter

Bahan  perasa :
1 peket  rempah  kari  ikan
3 sudu  makan  sos  tiram
3 sudu  makan  sos  ikan
1 sudu  teh  serbuk  lada  hitam
1 kiub  pati  ayam
1 sudu  teh  garam  halus
4 sudu  makan  gula

Cara-cara memasak  kuah :


1. Panaskan minyak  & butter.  Tumis bahan  tumisan  hingga  naik  bau  dan  sedikit  garing. 


2. Masukkan  bahan  yang telah  dikisar & masak  dengan  api  kecil  hingga  cili  benar-benar masak  dan  naik  minyak .



3.Masukkan pula  rempah  kari  & tumis  lagi  hingga  rempah  masak. 



4.Masukkan bahan  perasa  & masak  hingga  kuah  pekat .


SELAMAT MENCUBA!!!



Sabtu, 1 Disember 2018

KEK KUKUS PANDAN CHEESE MELELEH

Assalamualaikum & salam sejahtera ...





Hari ni 1 hb Disember dah .. emmm 4 hari lagi hari yang bermakna dalam hidupku ... nak tengok tahun ni org tersyg ingat ke tidak tarikh ni ...  tunggu & lihat ....

Actually bukan nak cite pasal tarikh tapi nak share resepi kek .... kek ni memang marvellous.... sangat gebu gebas ....  dengan cheese yang meleleh2... aduhai ... sedap sangat .... terlupa pasal diet ... antara kek terlaris 'FIEZA DELIGHTS'.. .

Jom terjah resepinya...





Bahan-bahan & Cara-caranya:

5 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan susu tepung
1/4 cawan susu cair
2 sudu kecil pandan emulco
2 sudu kecil pewarna hijau epal
# Mixer semua bahan di atas hingga gebu.

# Masukkan 2 cawan tepung beserbuk penaik sedikit demi sedikit hingga sebati .

# Masukkan 3 sudu makan minyak & gaul sebati dengan menggunakan spatula .

# Sapukan sedikit minyak pada loyang 9x9 inci & alas dengan baking paper. Sapukan minyak pada baking paper.

# Tuang adunan kek ke dalam loyang & kukus 45 minit.

Selepas topping


TOPPING
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
# Blender semua bahan .Tuang ke atas kek pandan yang telah sejuk .
# Parutkan keju cheddar atas kek tadi.
# Simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam .

SELAMAT MENCUBA !!!



LAKSA UTARA (iza style)

Assalamualaikum & selamat petang...




Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni ..rindu rasanya ....banyak perkara yang tak dijangkakan berlaku.... namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. . think positif & hidup harus diteruskan...

Hari ni nak berkongsi resepi laksa utara ala2 laksa kedah tetapi diubahsuai mengikut citarasa family..  yelah dalam family ni ada 'hantu laksa' & makan pedas. . jadinya.... kuah laksanya sedikit pedas. ..kalau tak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cilinya .. 

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa- rendam & rebus hingga lembut

Aksesori
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Limau nipis
Hirisan cili padi
Telur rebus

Bahan kuah
20 ekor/ 1 kilo ikan kembung (temenung) / ikan selayang (sardin)
* siang & rebus ikan bersama 5 keping asam keping & 1 sudu besar garam halus
 * ikan yang dah direbus .. .asingkan isi dan tulang
* blender isi ikan dengan semangkuk kecil air
* blender tulang ikan dengan semangkuk kecil air dan tapis ambil airnya sahaja. 

#6 biji bawang besar
#3 genggam cili kering
#2 inci belacan
# blender halus

3 sudu makan garam halus
Sedikit bahan perasa
Segenggam daun kesum
2 bunga kantan-jika suka
10 keping asam keping

Cara-caranya:
1. Masak sebentar bahan yang diblender di dalam periuk lebih kurang 10minit. 
2 .Masukkan air secukupnya lebih kurang 3/4 penuh periuk .Masukkan daun kesum ,bunga kantan & asam keping & biarkan mendidih. 
3. Masukkan pula isi ikan & air tulang ikan yang telah diblender tadi .Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan kuah mendidih lebih kurang 15 minit .
4. Hidang bersama laksa & aksesori. 

SELAMAT MENCUBA!!!